mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Wajaran subjektif teraggregat kriteria dalam masalah multi-kriteria

Mat Kasim, Maznah and Jemain, Abdul Aziz (2009) Wajaran subjektif teraggregat kriteria dalam masalah multi-kriteria. In: Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke 16, 3-5 Jun 2008, Kota Bharu. Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, pp. 1-10. ISBN 9789832888918

[thumbnail of Maznah_Mat_Kasim_&_Abd_Aziz_Jemain[1].pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (138kB)

Abstract

Pengiraan wajaran kriteria merupakan satu perkara yang penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah multi-kriteria.Ini disebabkan nilai wajaran yang berbeza akan memberi kesan kepada penyelesaian terakhir kepada masalah tersebut.Kaedah mendapatkan wajaran kriteria secara umumnya boleh dilaksanakan melalui dua pendekatan iaitu objektif dan subjektif.Pendekatan pertama tidak memerlukan penilai untuk menilai kepentingan kriteria tetapi pendekatan kedua adalah sebaliknya.Terdapat tiga hal utama yang perlu difikirkan jika satu panel penilai terlibat dalam membuat penilaian.Pertama, adakah kewibawaan penilai diambilkira,kedua,apakah jenis penilaian subjektif yang akan digunakan dan ketiga,bagaimanakah penilaian ini akan diaggregatkan supaya hanya terdapat satu nilai wajaran terakhir yang tunggal yang diperoleh bagi sesuatu kriterium.Kertas kerja ini akan menumpukan kepada perbahasan matematik tentang kaedah mendapatkan wajaran subjektif teraggregat jika satu panel penilai yang sama dan berbeza kewibawaan terlibat dalam membuat penilaian.Kaedah subjektif yang akan dimanfaatkan ialah tiga faedah penentuan wajaran kriteria berasaskan pangkat,manakala kaedah pengaggregatan yang digunakan ialah kaedah pemurataan berwajaran tertib (OWA).Memandangkan terdapat lebih daripada satu kaedah penentuan wajaran subjektif berasaskan pangkat yang dikaji,satu ujian simulasi telah dijalankan untuk membandingkan tahap ketekalan kaedah-kaedah tersebut apabila proses pengaggregatan tertentu dilaksanakan.Keputusan ujian simulasi menunjukkan ketiga-tiga kaedah adalah tekal dengan darjah yang berbeza.

Item Type: Book Section
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 06 Jan 2011 04:10
Last Modified: 06 Jan 2011 04:10
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1877

Actions (login required)

View Item View Item