mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tinggalan warisan di sepanjang jalan keretapi Tapah Road - Teluk Intan: kajian awalan dan potensi pemeliharaan

Ibrahim, Johan Afendi and Abdul Razak, Norhanim and Ahmad, Mohamad Zaki (2016) Tinggalan warisan di sepanjang jalan keretapi Tapah Road - Teluk Intan: kajian awalan dan potensi pemeliharaan. In: Persidangan Nasional Sejarah Melayu Archipelago 2016, 11 - 13 Oktober 2016, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (Unpublished)

[thumbnail of PNSMKM 2016 212 223.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pengangkutan keretapi di Tanah Melayu bermula pada tahun 1869 yang menghubungkan Johor Bahru - Gunung Pulai.Cetusan idea pembinaan jalan keretapi adalah untuk memenuhi permintaan pengembara Eropah berehat di kawasan bersuhu sejuk selain membuka tanah-tanah baharu untuk pertanian.Walaupun begitu, projek pembinaan ini telah menemui kegagalan (MA Fauzi Basri, 1985).Perkembangan pembinaan jalan keretapi di Tanah Melayu semakin berkembang dengan penemuan bijih timah yang merupakan komoditi berharga ketika itu. Bagi menampung perrnintaan ini, perkhidmatan keretapi Taiping - Port Weld (kini dikenali sebagai Kuala Sepetand diperkenalkan pada tahun 1885.Jalan keretapi Tapah Road - Teluk Anson (kzni dikenali sebagai Teluk Intan) beroperasi pada tahun 1893 berperanan mengangkut bijih timah dari Lembah Kinta ke pelabuhan Teluk Intan yang terletak di Jalan Denison (kzni dikenali sebagai Jalan Wah Keng Jooi). Akibat hakisan tebing sungai yang serius, pihak British telah membina pelabuhan baharu yang terletak di selatan Teluk Intan pada tahun 1909.Kesan pembinaan jalan keretapi ini telah menjadikan Teluk Intan sebagai bandar terpenting di Negeri Perak sehingga kini.Perkhidmatan keretapi Tapah Road - Teluk Intan telah beroperasi sepanjang 96 tahun (1893 - 1989).Perkhidmatannya diberhentikan disebabkan kekurangan penumpang, perkembangan jaringan jalan raya, kemerosotan pelabuhan Teluk Intah disamping pembinaan jalan keretapi yang menghubungkan Padang Besar - Johor Bahru. Kertas kerja ini akan membincangkan sumbangan pembinaan jalan keretapi Tapah Road -Teluk Intan terhadap perkembangan bandar Teluk Intan sehingga kini. Selain itu, mengenalpasti lokasi-lokasi warisan yang berpotensi untukpemeliharaan disamping menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan warisan menarik di Negeri Perak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Teluk Intan, warisan, keretapi.
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of Tourism, Hospitality & Environmental Management
Depositing User: DR. JOHAN AFENDI IBRAHIM
Date Deposited: 15 Dec 2016 07:56
Last Modified: 15 Dec 2016 07:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/20352

Actions (login required)

View Item View Item