mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Mudahnya Takaful: Soalan lazim bagi rujukan dan kefahaman pantas

Ahmad, Saiful Yazan and Ab. Wahab, Norlida (2017) Mudahnya Takaful: Soalan lazim bagi rujukan dan kefahaman pantas. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2064-19-0

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Malaysia mendahului negara lain memperkenalkan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan untuk menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan kewangan Islam di negara ini.Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) telah diperkenalkan pada tahun 2013 bagi menyelaras beberapa akta dengan menambah baik beberapa peruntukan, termasuk Akta Takaful.Antara garis panduan yang telah diperkenalkan atau ditingkatkan oleh pihak berkuasa Malaysia yang memberi kesan secara langsung kepada takaful ialah Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Pengendali Takaful (Risk-based Framework for Takaful Operators), Garis Panduan Rangka Kerja Operasi Takaful (Guidelines on Takaful Operational Framework) dan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah bagi Institusi Kewangan Islam (Syariah Governance Framework for Islamic Financial Institutions).Industri takaful dijangka meneruskan momentum pertumbuhan pada masa akan datang dengan kemunculan pasaran baharu di negara-negara tertentu. Buku ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan utama yang sering diketengahkan mengenai perniagaan takaful berdasarkan amalan pasaran semasa dan sebagai sumber rujukan pantas bagi sesiapa sahaja yang berminat.Perbincangan dalam buku ini berkisar persoalan yang pernah diajukan oleh masyarakat awam dan juga individu secara langsung atau tidak langsung ketika berurusan dengan Takaful.Penulis cuba menjawab persoalan tersebut dalam gaya dan bahasa yang mudah difahami oleh semua pihak.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Dr. Norlida Ab. Wahab
Date Deposited: 06 Jun 2017 03:08
Last Modified: 19 Apr 2018 06:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22256

Actions (login required)

View Item View Item