mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Praktis hibah di Malaysia

Azhar, Alias (2017) Praktis hibah di Malaysia. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2064-21-3

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Buku ini membahaskan instrumen hibah aspek konsep dan realiti amalannya di Malaysia. Secara asasnya, hibah bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.Realiti pelaksanaan hibah di Malaysia mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat dan penawaran produk hibah secara komersial turut berkembang pesat.Ini dibuktikan dengan kewujudan syarikat-syarikat komersial yang menawarkan khidmat penulisan, penyediaan dan penyelesaian masalah hibah dalam kuantiti yang hamper menyeluruh di setiap negeri.Setelah memahami konsep dan prinsip hibah yang sebenar, maka kita seharusnya melaksanakan pengurusan hibah secara yang hakiki.Namun, dalam aspek hukum yang bersifat ijtihadi dan terdapat perkara khilafiah, kita harus menanganinya dengan sistematik dan konsisten.Aspek teknikal dan perundangan harus diperkemas dan diseragamkan agar kekeliruan dapat dielakkan.Aspek dokumentasi merupakan perkara terpenting dalam mengelakkan pertikaian instrumen selepas kematian penghibah. Mekanisme penyediaan borang sebagai salah satu elemen dokumentasi hibah perlu diperbaiki dan dimantapkan daripada segi format, kandungan dan prosedur pengesahannya. Sebagai tambahan, hibah turut diadaptasikan sebagai konsep tambahan kepada produk-produk takaful dan diamalkan oleh kebanyakan pengendali Takaful seperti produk Pelan Pendidikan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Sebagai contoh, produk ini ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak. Ibu bapa bertindak sebagai pembayar sumbangan (pemberi hibah) dan anaknya merupakan peserta takaful (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana memenuhi semua rukun dan syarat serta diperuntukkan secara jelas dalam Akta Perkhidmatan dan Kewangan Islam 2013 merujuk khusus aspek polisi dan tadbir urus institusi takaful di Malaysia.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Dr. Alias Azhar
Date Deposited: 12 Jun 2017 01:29
Last Modified: 12 Jun 2017 01:29
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22364

Actions (login required)

View Item View Item