mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kefahaman guru pada pelaksanaan kurikulum 2013 dalam membuat modul pembelajaran di SMKN 3 Kota Banda Aceh

Razali, Fadhilah and Mohd Yusoff, Nurahimah and Osman, Rafisah (2017) Kefahaman guru pada pelaksanaan kurikulum 2013 dalam membuat modul pembelajaran di SMKN 3 Kota Banda Aceh. In: International Conference on the Scholarship of Teaching and Learning (ICSoTL 2017), 4 - 5 April 2017, UUM EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of ICSoTL 2017 14 20.pdf]
Preview
PDF
Download (177kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman guru pada pelaksanaan kurikulum 2013 dalam membuat modul pembelajaran. Kajian ini bertitik tolak dari pada Isu bahawa kurikulum 2013 merupakan kurikulum perubahan.Pada perubahan kurikulum guru diharuskan membuat modul pembelajaran yang baik, fakta dilapangan menunjukkan bahawa tidak semua guru mempunyai kefahaman yang sama untuk melaksanakan kurikulum baru, kemampuan guru terhad maka sering terjadi masalah, oleh itu perlu kefahaman guru dalam melaksanakan kurikulum. Melaksanakan kurikulum 2013 sangatlah memerlukan kreativiti dan kemandirian guru terutama dalam menyusunnya dan pelaksanaannya, memang bukanlah pekerjaan mudah untuk melakukannya apabila guru tidak mempunyai kefahaman yang kuat dan sekolah tidak memfasilitasinya, untuk itulah strategi pelaksanaan kurikulum 2013 haruslah diarahkan untuk meningkatkan kapasiti guru, untuk mewujudkan pelaksanaan kurikulum 2013 yang berkesan dan efektif perlu dikaji kefahaman guru dalam membuat modul pembelajaran di SMKN 3 Kota Banda Aceh. Pada kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes, menggunakan kaedah ini membolehkan penyelidik mengenal pasti kefahaman guru dalam pelaksanaan kurikulum 2013 di Sekolah Menengah Kejuruan (SMKN 3) Kota Banda Aceh, peserta pada kajian ini ditentukan secara persampelan bertujuan (purposive).Peserta kajian terdiri daripada pengetua dan guru SMKN 3 Kota Banda Aceh, kaki tangan, sokongan dan pelajar. Data dikumpulkan dengan pemerhatian ikut serta, temubual, analisis dokumen.Analisis data dilakukan dengan content analisis. Hasil kajian mendapati bahawa guru belum mempunyai kefahaman yang luas tentang Kurikulum 2013 menyebabkan mereka sukar melaksanakannya.Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mendapat kesukaran dalam merangka modul pembelajaran. Oleh itu diharapkan untuk meningkatkan kefahaman dalam pelaksanaan Kurikulum 2013, sokongan pelaksanaan Kurikulum 2013 dari guru sendiri merupakan faktor penentu untuk memberikan sumbangan dalam kejayaan pelaksanaan Kurikulum 2013.pengetua sekolah diharapkan dapat berhubungan baik secara vertikal atau horizontal dengan Dinas pendidikan kota, provinsi dan jabatan tingkat pusat untuk mendapat peluang dalam menyelenggarakan latihan dalam merangka sebuah modul untuk semua guru SMKN 3 Kota Banda Aceh.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-42061-4-7 Organized by: School of Education and Modern Languages, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Kefahaman guru, Pelaksanaan kurikulum, Modul pembelajaran
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Prof. Dr. Nurahimah Mohd Yusoff
Date Deposited: 10 Jul 2017 07:39
Last Modified: 11 Jul 2017 01:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22546

Actions (login required)

View Item View Item