mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan pensyarah penyelia sebagai pemimpin pengajaran dalam amalan profesional di IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Wan Ishak, Wan Roslina and Othman, Abdul Rahim (2017) Peranan pensyarah penyelia sebagai pemimpin pengajaran dalam amalan profesional di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. In: International Conference on the Scholarship of Teaching and Learning (ICSoTL 2017), 4 - 5 April 2017, UUM EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Amalan praktikum merupakan latihan mengajar yang wajib dilalui oleh setiap pelajar Program Pendidikan Guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) di setiap kampus pendidikan guru.Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Semester 7 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kursus Pengajian Melayu terhadap kepemimpinan pengajaran pensyarah penyelia mereka semasa diselia semasa praktikum di sekolah-sekolah. Kajian melibatkan seramai 30 orang pelajar Pengajian Melayu, Ambilan Jun 2013. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instumen kajian yang dibina berdasarkan panduan amalan praktikum di IPG. Soal selidik menggunakan skala likert dan mengandungi tiga bahagian kajian iaitu maklumat diri pelajar, peranan pensyarah penyelia semasa praktikum dan kesedian menghadapi praktikum. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 20. Keseluruhannya, soal selidik yang diterjemahkan menunjukkan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.Analisis deskriptif turut digunakan untuk mengukur min, sisihan piawaian, kekerapan dan peratus.Dapatan kajian menunjukkan pensyarah penyelia memainkan peranan sebagai pemimpin pengajaran.Hasil kajian menunjukkan bahawa pensyarah penyelia bertindak menyemak buku persediaan mengajar dan mencadangkan penambahbaikan yang perlu dibuat, di samping memberi pandangan yang bernas terhadap isu-isu yang diketengahkan oleh pelajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-42061-4-7 Organized by: School of Education and Modern Languages, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: pensyarah penyelia, kepemimpinan pengajaran, praktikum, penyeliaan
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: PM Dr. Abdul Rahim Othman
Date Deposited: 10 Jul 2017 08:42
Last Modified: 11 Jul 2017 01:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22560

Actions (login required)

View Item View Item