mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesan play-based learning terhadap afektif murid pemulihan jawi J-Qaf di Sekolah Rendah

Md Hafidzin, Adli and Makhsin, Mardzelah (2017) Kesan play-based learning terhadap afektif murid pemulihan jawi J-Qaf di Sekolah Rendah. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 587-598. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 587-598.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (682kB) | Preview

Abstract

Program j-QAF merupakan suatu program yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah Badawi dengan niat untuk memperkasa Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Malaysia. Model ini turut menggunapakai kaedah belajar melalui pengalaman bermain atau play-based learning. Oleh kerana program j-QAF ini masih dianggap baru, maka tidak banyak kajian yang dilakukan keatasnya terutamanya dari segi kaitan antara afektif murid pemulihan Jawi dengan play-based learning. Oleh itu penyelidik ingin mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan (play-based learning) terhadap keseronokan murid pemulihan jawi di sekolah rendah dengan berlandaskan teori sosio-budaya oleh Vygotsky. Play-based learning ini mampu membantu murid-murid pemulihan dalam pdp Jawi dan seterusnya merasai pengalaman belajar dengan penerapan unsur KBAT.Kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian berstruktur keatas populasi pelajar dan guru SK Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah. Manakala sampel yang terlibat ialah 18 murid Pemulihan Jawi tahun dua 2013, SK Sidam Kiri, 6 orang guru j-QAF sk sidam kiri, dan 7 orang guru pelbagai latarbelakang sk sidam kiri.Kajian ini bersifat kualitatif. Untuk itu kaedah temubual bersama guru serta murid telah dilaksanakan. Dapatan yang diperolehi hampir kesemuanya menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tinggi antara afektif murid Pemulihan Jawi j-QAF dengan kaedah play-based learning.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: play-based learning; murid pemulihan jawi J-QAF; sekolah rendah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:51
Last Modified: 13 Feb 2018 03:51
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23082

Actions (login required)

View Item View Item