mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Komitmen guru dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah harian berprestasi tinggi dan berprestasi rendah di Daerah Kota Bharu, Kelantan

Mohamad, Rozi and Kasim, Abd Latif and Zakaria, Sofiah and Mohd Nasir, Faezah (2017) Komitmen guru dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah harian berprestasi tinggi dan berprestasi rendah di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 863-874. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 863-874.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (984kB) | Preview

Abstract

Satu daripada bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang terdapat dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar.Bagi merealisasikannya, guru perlu bertindak sebagai pemain utama dalam melaksanakan pelbagai dasar dan program yang terkandung dalam GTP tersebut. Selain mengajar, dasar dan program tersebut datang bersama dengan pelbagai tugasan yang perlu dipikul guru. Tugasan yang bertambah akan menimbulkan masalah yang membawa kepada meningkatnya tekanan kerja, mempengaruhi komitmen dan kepuasan kerja guru. Sehubungan itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap komitmen guru dan tahap kepuasan kerja gurudi sekolah menengah (SMK) harian berprestasi tinggi dan SMK harian berprestasi rendah. Kajian juga bertujuan mengkaji hubungan antara komitmen guru dengan kepuasan kerja dalam kalangan mereka. Di samping itu, kajian juga mengkaji bagaimana faktor demografi seperti jantina, umur dan pengalaman mengajar boleh mempengaruhi komitmen dan kepuasan kerja. Populasi kajian adalah guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah menengah harian dalam daerah Kota Baharu, Kelantan. Sampel seramai 200 orang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.Dua set instrumen soal selidik telah digunakan untuk memungut data kajian iaitu Soal Selidik Skala Komitmen Guru (SKG) yang dibangunkan oleh Thien, Nordin Abd Razak dan Ramayah (2014), dan Job Satisfaction Survey (JSS)yang dibangunkan oleh Spector (1997).Analisis deskriptif dan inferensi dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0.Dapatan kajian menunjukkan tahap komitmen dan kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi.UjiankorelasiPearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara komitmen dengan kepuasan kerja guru di kedua-dua kategori sekolah.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Skala Komitmen Guru; komitmen guru; kepuasan kerja guru; SMK harian prestasi tinggi; SMK harian prestasi rendah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:58
Last Modified: 13 Feb 2018 03:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23106

Actions (login required)

View Item View Item