mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Biografi Dol Ramli: Bapa penyiaran Malaysia

Mustaffa, Che Su and Ab Ghani, Rohani (2018) Biografi Dol Ramli: Bapa penyiaran Malaysia. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-2064-83-1

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Buku ini merupakan satu karya biografi tentang Tan Sri Dol Ramli iaitu pengasas Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Beliau merupakan ‘wira yang tidak didendangkan’ kerana tidak ramai yang mengenali beliau berbanding dengan sumbangan yang begitu besar terhadap sejarah penyiaran negara. Buku ini menghuraikan sejarah hidup Dol Ramli sejak kecil di Singapura, persekolahan dan pendidikan di universiti. Seperti diakuinya dalam satu temu bual, kemiskinan dan kesusahan semasa kecil merupakan pendorong kepada kejayaannya. Ranjau hidup itulah yang memberikan kekuatan kepada beliau untuk mencari peluang bagi mengubah nasibnya.Pencapaian Dol Ramli dalam dunia penyiaran didorong oleh minatnya yang tinggi, pengalaman bertugas dengan dunia penyiaran semasa penjajah dan juga kesedaran nasionalisme yang mendalam. Semasa hayatnya beliau bertanggungjawab menyusun jabatan penyiaran bagi tujuan mengisi kemerdekaan negara terutama dalam menyampaikan mesej kerajaan supaya difahami, dihayati dan diamalkan oleh rakyat.Dol Ramli merupakan arkitek penyiaran Malaysia yang disifatkan mempunyai pelbagai bakat seni.Berbekalkan kepada keazaman, bakat dan dedikasi dalam pelajaran dan karier, Dol berjaya mengukir kejayaan bukan sahaja dalam bentuk pencapaian peribadi, malah yang lebih penting membentuk hala tuju bidang penyiaran negara yang kini menjadi legasi peninggalannya.

Item Type: Book
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: UUM Press
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 Jul 2018 00:56
Last Modified: 30 Jul 2018 00:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24473

Actions (login required)

View Item View Item