mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Orang Kurang Upaya (OKU) dan kedudukannya dalam pengurusan zakat negeri Kedah Darulaman

Dahaman@Dahlan, Mohd Akram and Ahmad, Shukri and Cusairi, Rafidah Mohamad and Abdul Hamid, Solahuddin and Ahmad, Kamarudin (2018) Orang Kurang Upaya (OKU) dan kedudukannya dalam pengurusan zakat negeri Kedah Darulaman. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..

[thumbnail of SKTSEWU 2018 368 382.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (573kB) | Request a copy

Abstract

Orang Kurang Upaya (OKU) ialah manusia kurang upaya yang memenuhi semua kriteria seperti mempunyai kecacatan fizikal atau mental, jangka panjang atau berulang-ulang yang sebahagian besarnya menghadkan prospek mereka untuk masuk ke dalam bidang pekerjaan.Hal ini telah menyebabkan mereka berada pada kelompok miskin dalam masyarakat. Institusi zakat merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk membantu golongan miskin terutama OKU. Namun situasi kini masih menimbulkan tanda tanya mengenai mekanisma pengurusan zakat. Ini kerana kebanyakan institusi zakat tidak menyebutkan dengan jelas dan spesifik mengenai kedudukan OKU dalam agihan zakat berbanding dengan pembahagian-pembahagian zakat kepada golongan lain. Oleh itu, penelitian perlu dilakukan terhadap kedudukan OKU dalam pengurusan zakat negeri Kedah, seterusnya mengenal pasti bentuk agihan zakat dalam kalangan OKU yang diamalkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan akhirnya meneliti tahap penerimaan zakat dalam kalangan OKU di negeri Kedah.Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dan kuantitatif.Data dikumpulkan melalui dua kaedah iaitu kaedah temu bual dan kaedah soal selidik.Kaedah temubual yang bertujuan membuat pengesahan berkenaan agihan zakat terhadap OKU di negeri Kedah dilakukan bersama pegawai daripada empat kumpulan pakar bidang iaitu Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat cawangan Kedah, Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.Manakala kaedah soal selidik adalah membabitkan OKU di daerah-daerah negeri Kedah untuk meneliti status sumbangan zakat terhadap mereka.Persampelan rawak mudah digunakan melalui senarai OKU negeri Kedah membabitkan jumlah sampel seramai 92 orang. Hasil kajian menunjukkan hampir keseluruhan OKU adalah terdiri daripada golongan asnaf.Kebanyakannya menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mendapat bantuan zakat meskipun mendapat sedikit bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: Orang Kurang Upaya (OKU), asnaf zakat, pengurusan zakat, Negeri Kedah
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 Sep 2018 08:23
Last Modified: 02 Nov 2020 01:16
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24713

Actions (login required)

View Item View Item