mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan syarikat freight & forwarding dalam memudahcara proses import eksport di negeri kelantan Malaysia

Husin, Mohd Azian (2018) Peranan syarikat freight & forwarding dalam memudahcara proses import eksport di negeri kelantan Malaysia. In: Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM, 5 March 2018, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of muhd azian.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (148kB)

Abstract

Kajian kes ini membincangkan peranan syarikat freight & forwarding dalam memudahcara proses import eksport yang berkaitan dengan agensi Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani di Negeri Kelantan. Kajian kes ini menggunakan kaedah temu bual yang bersifat kualitatif bagi mengumpul data deskriptif ke atas pengurus syarikat freight & forwarding iaitu DLSB dengan melihat kepada aspek peranan freight & forwarding dan Maqis, masalah yang dihadapi dan cadangan penambahbaikan kepada kelancaran proses import eskport. Hasil dapatan kajian kes ini menunjukkan bahawa pihak Maqis perlu mengeluarkan satu standard khusus untuk memudahkan proses penyelarasan kerja dengan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada agen-agen freight & forwarding yang terdapat di Negeri Kelantan khususnya yang berurusan dengan import eksport produk dari Thailand. Selain itu pihak Maqis juga hendaklah memaklumkan secara menyeluruh berkenaan penambahan kos-kos atau yuran yang terkandung dalam proses pemeriksaan dan persampelan produk. Untuk melancarkan proses import dan eksport, pihak pelanggan hendaklah merujuk kepada kementerian yang terlibat dari aspek maklumat pendaftaran dan kadar bayaran sebelum berurusan dengan Maqis, agen freight & forwarding dan Kastam. Kajian kes ini dapat memberi sumbangan dari segi idea dan cadangan ke arah penambahbaikan berterusan sama ada pihak Maqis mahupun agen freight & forwarding. Cadangan kepada pengkaji akan datang perlu melihat aspek keberkesanan proses import eksport kalangan pelanggan yang menggunakan khidmat Maqis dari aspek kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Freight dan forwarding, import eksport, kitaran pembekalan.
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mr. Che Hasan Hashim
Date Deposited: 18 Sep 2019 02:30
Last Modified: 18 Sep 2019 02:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26415

Actions (login required)

View Item View Item