mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan mikrokredit dalam pembangunan ekonomi golongan miskin di negara-negara membangun

Hassan, Kalthum (2004) Peranan mikrokredit dalam pembangunan ekonomi golongan miskin di negara-negara membangun. In: Globalisasi dalam perspektif isu dan cabaran. IBS Buku, Petaling Jaya, pp. 405-421. ISBN 9679501809

[thumbnail of Kalthum_Hassan01.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (197kB)

Abstract

Sebahagian besar negara membangun dianggap miskin kerana sebahagian besar daripada penduduknya miskin dan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dan miskin adalah terlalu jauh.Dianggarkan hampir 113 daripada populasi di negara-negara membangun atau lebih 1 billion orang adalah miskin (Squire, 1993). Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan, masalah kemiskinan di negara-negara membangun masih menjadi isu utama. Kemiskinan merupakan faktor utama penghalang kepada pembangunan sesebuah negara membangun. Sebahagian besar peruntukan sesebuah negara membangun perlu dibelanjakan untuk program membasmi kemiskinan rakyatnya yang mana peruntukan tersebut sepatutnya dibelanjakan untuk menyediakan infrastruktur bagi pembangunan negara tersebut. Sesebuah negara yang mempunyai jumlah rakyat miskin yang ramai selalunya ketinggalan dalam pembangunan ekonomi kerana tidak dapat bersaing secara global. Ini mengakibatkan negara-negara berkenan akan terus dibelenggu kemiskinan. Untuk membolehkan sesebuah negara membangun itu bersaing secara global, kadar kemiskinan di kalangan rakyatnya hendaklah dikurangkan. Program pembangunan ekonomi yang bersesuaian dan berkesan adalah perlu untuk mempercepatkan proses berkenaan. Pelabur asing akan mula melabur di negara-negara yang mempunyai tahap ekonomi yang stabil dan dalam jangka masa tertentu melalui proses pembangunan ekonomi yang beransur-ansur negara tersebut dapat bersaing secara global. Oleh itu untuk mempercepatkan proses pembangunan eknomi, program yang dijalankan hendaklah bersesuaian dengan keperluan golongan -sasaran supaya ianya dapat memberi kesan yang optimum dan dapat mencapai matlamatnya.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Kalthum Haji Hassan
Date Deposited: 24 May 2011 09:01
Last Modified: 06 Dec 2016 07:08
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3129

Actions (login required)

View Item View Item