mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian mengenai pembiayaan pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia

Tayib, Mahamad (1995) Kajian mengenai pembiayaan pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of MAHAMAD_TAYIB_-_Kajian_mengenai_pembiayaan_pihak_berkuasa_tempatan_di_Semenanjung_Malaysia_(1995).pdf] PDF
Download (15MB)

Abstract

Kajian ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha yang telah dijalankan bagi mencari dan mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan. Kekurangan sumber hasil adalah dikatakan punca utama kemerosotan pengurusan pihak berkuasa tempatan. Kebanyakan kajian-kajian yang terdahulu telah mempersoalkan sumber kewangan yang diperuntukan kepada pihak berkuasa oleh pihak kerajaan adalah tidak mencukupi. Telahpun diketengahkan pelbagai cadangan bagi mengatasi masalah kurangnya sumber hasil. Kebanyakan cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu ialah menambahkan sumber hasil yang baru bagi pihak berkuasa tempatan seperti mengeluarkan bon-bon jangka panjang dan sederhana dan juga mewujudkan cukai-cukai baru ke atas mesyarakat. Namun begitu, terlalu kurang kajian yang menfokuskan ke atas kemampuan sumber hasil yang sedia ada, iaitu sumber hasil yang dibenarkan oleh Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Pengkajian semula ke atas sumber hasil ini adalah perlu bagi mengetahui kedudukan dan keupayaannya membiayai pengurusan entiti ini. Oleh itu, tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti dan menerangkan kemampuan sumber-sumber hasil sedia ada di dalam membiayai pengurusan pihak berkuasa tempatan. Penekanan diberikan ke atas sejauhmanakah peruntukan seksyen 39 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 dilaksanakan dan bagaimanakah kedudukan (potensi)hasil-hasil yang telah dilaksanakan , yakni peratusan kutipannya dan juga peratusan peningkatannya dari setahun ke setahun. Dari sini, bolehlah dikenalpasti apakah sumber-sumber hasil yang sedia ada tidak berpotensi, atau adakah tiada langsung aliran peningkatannya? Dan dapat dilihat juga penekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan di dalam membuat pungutan hasil. Adakah hasil-hasil tertentu sahaja diberikan tumpuan atau sebaliknya? Dalam menilai kemampuan sumber-sumber hasil yang sedia ada, pengkajian semula ke atas peruntukan-peruntukan berkanun yang telah dinyatakan di dalam tiga akta utamanya: Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 adalah merupakan sesuatu aspek yang tidak boleh ditinggalkan. Walau bagaimanapun, penumpuan adalah diberikan kepada peruntukan-peruntukan yang berkait rapat dengan pernghasilan sumber-sumber hasil dan struktur sumber hasil itu sendiri. Perbincangan khusus ke atas dua perkara ini diberikan perhatian iaitu undang-undang dan Peraturan yang membolehkan pihak berkuasa tempatan mengenakan caj atau apa-apa penalti ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan tersebut (bab 3) dan sumber-sumber pembiayaan pihak berkuasa tempatan (bab 4). Tinjauan telah dijalankan ke atas semua pihak berkuasa tempatan yang berada di Semenanjung Malaysia kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)iaitu sejumlah 96 buah kesemuanya. Satu senarai lengkap mengenai sumber-sumber hasil pihak berkuasa tempatan telah dikumpul dari pelbagai sumber khususnya dari laporan akaun tahunan yang telah disediakan dari tahun 1985 hingga 1993. Perbandingan adalah dibuat di antara: sumber-sumber hasil; Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah; Majlis-majlis Perbandaran; Majlis-majlis Daerah dan Negeri-negeri. Adalah didapati bahawa pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia mampu membiayai aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi berkanunnya jika sekiranya aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi berkanunnya jika sekiranya aktiviti-aktiviti pembangunan dikecualikan atau ditanggung oleh pihak berkuasa negeri atau persekutuan. Selain daripada itu, cukai harta benda adalah merupakan sumber hasil terbesar bagi kesemua pihak berkuasa tempatan. Walau bagaimanapun, kalau dilihat dari segi pertumbuhan purata hasil dari cukai harta benda ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan hasil-hasil lain seperti perkhidmatan, perlesenan dan permit dan juga jualan barangan. Namun begitu, pihak berkuasa tempatan tidak memanfaatkan peluang-peluang ini yang mungkin pada masa depan akan menjadi punca hasil utama mereka. Sebagai kesimpulannya, usaha-usaha perlu dilakukan bagi mengatasi masalah mendapat sumber kewangan di dalam membiayai aktiviti-aktiviti pembangunan dan tidak hanya membiarkan pihak berkuasa tempatan menanggungkannya secara sendirian. Oleh itu, kajian ini juga mengemukakan beberapa syor bagi membantu meringankan beban kewangan pihak berkuasa tempatan seperti peraturan dan pengendalian hasil perlu disemak dan dikaji; garis pemisah antara pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa negeri perlu dijelaskan;pembiayaan bersama projek-projek pembangunan; penswastaan dan pensyarikatan perlu diperluaskan dan melibatkan pihak berkuasa tempatan secara total dan akhir sekali yang lebih utama yang perlu diberikan perhatian oleh pihak berkuasa tempatan dan negeri adalah latihan dan kemahiran kakitangan mereka.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance
Divisions: College of Business
Depositing User: Prof. Dr. Mahamad Tayib
Date Deposited: 19 Feb 2014 09:37
Last Modified: 19 Feb 2014 09:37
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3892

Actions (login required)

View Item View Item