mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kualiti persekitaran sosial keluarga dan pencapaian akademik anak

Arshat, Zarinah and Baharudin, Rozumah (2001) Kualiti persekitaran sosial keluarga dan pencapaian akademik anak. Jurnal Pembangunan Sosial, 2. pp. 161-184. ISSN 1394-6528

[thumbnail of Zarinah_Arshat.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kualiti persekitaran sosial keluarga dan perkaitannya dengan pencapaian akademik anak. Sampel kajian terdiri daripada 120 ibubapa yang telah dikenalpasti secara rawak mudah melalui anak mereka iaitu pelajar tahun empat dan tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (2), Jalan Rusa, Kuala Lumpur. maklumat telah dikumpulkan menggunakan borang soal selidik. Kualiti Persekitaran Sosial Keluarga telah diukur menggunakan skala persekitaran keluarga yang dibentuk oleh Moos dan Moos (1974) dan telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh pengkaji. Pencapaian akademik anak diukur berdasarkan skor markah empat matapelajaran terpilih: Sains, Matematik, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kajian mendapati majoriti (94.2%) responden memperolehi skor kualiti persekitaran sosial keluarga yang tinggi. hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan signifikan (r = 0.18, p<- 0.05) diantara kualiti persekitaran sosial keluarga dengan pencapaian akademik anak. kkajian ini merumuskan bahawa kualiti persekitaran sosial keluarga mempunyai perkaitan dengan pencapaian akedemik anak

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: academic achievement, social conditions, family
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Aug 2010 02:24
Last Modified: 10 Aug 2010 02:24
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/469

Actions (login required)

View Item View Item