mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesedaran dan kefahaman dalam pelaksanaan peraturan mengenai kelakuan dan tatatertib dalam Perintah Am (Bab D)

Bashir, Ahmad and Wan Abdullah, Wan Abd Rahman Khudzri and Yusof, Rohana (1998) Kesedaran dan kefahaman dalam pelaksanaan peraturan mengenai kelakuan dan tatatertib dalam Perintah Am (Bab D). Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of Kesedaran_Dn_Kefahaman_Dlm_Pelaksanaan.pdf] PDF
Download (2MB)

Abstract

Perkhidmatan awam Malaysia telah mengadakan beberapa program dan tindakan dalam usaha untuk menerap dan membudayakan nilai-nilai kualiti dan produktiviti di agensi-agensi kerajaan. Salah satu daripadanya ialah mengadakan sistem kawalan terhadap anggota-anggota perkhidmatan awam yang meliputi cara bekerja, tatakelakuan, etika dan lain-lain. Komponen-komponen ini ada di antaranya terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan kesedaran kakitangan awam terhadap peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku Perintah Am (Bab D)khususnya. Di samping itu, kajian ini juga cuba mengenal pasti amalan salahlaku di kalangan kakitangan perkhidmatan awam. Dengan itu, kajian telah dilakukan terhadap 501 orang responden daripada beberapa jabatan terpilih di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa terdapat di kalangan responden yang masih tidak memahami dan menyedari akan kewujudan dan kepentingan peraturan tersebut. Ini adalah kerana perlaksanaan dan penguatkuasaan peraturan tersebut adalah begitu longgar dan tidak diberi perhatian serius oleh ketua-ketua jabatan khususnya dalam aspek mengenakan hukuman tatatertib kepada anggota yang terlibat dalam salah laku.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
K Law > K Law (General)
Divisions: College of Business
Depositing User: Dr. Ahmad Bashir @ Zolmat Aziz
Date Deposited: 18 Feb 2014 04:14
Last Modified: 18 Feb 2014 04:14
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5205

Actions (login required)

View Item View Item