mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pendidikan keibubapaan berdasarkan Surah Luqman

Hamid, Rosnaaini and Abdullah, Suhanim (2012) Pendidikan keibubapaan berdasarkan Surah Luqman. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 9789670474007

Full text not available from this repository.
Official URL: http://uumpress.com.my

Abstract

Pendidikan keibubapaan berdasarkan Surah Luqman merupakan asas pendidikan yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini.Surah ini dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah SWT nikmat dan ilmu pengetahuan.Anugerah yang diberikan ini, menjadikan beliau seorang yang bersyukur di atas segala pemberian Allah SWT.Manakala, ayat 13-19 menyentuh tentang nasihat-nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya melalui strategi pendidikan yang tepat.Isi kandungan pendidikan beliau membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tatacara menjalinkan hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.Hubungan yang baik dengan Allah SWT diterapkan melalui usaha menanam akidah yang mantap ke dalam jiwa, Ubudiyyah kepada Allah SWT, menunaikan segala suruhan dan menjauhi larangan semata-mata ikhlas kepada Allah SWT.Hubungan sesama manusia pula dimulai dengan didikan supaya menghormati dan berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa dan bersopan santun sewaktu berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Rosnaaini Hamid
Date Deposited: 14 Dec 2012 03:01
Last Modified: 14 Dec 2012 03:01
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6320

Actions (login required)

View Item View Item