mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Elemen-elemen gharar dalam perjanjian Bay' bithaman al-ajil (BBA): Suatu kajian ke arah penambahbaikan

Azhar, Alias and Md Dahlan, Nuarrual Hilal and Ahmad Sharif, Nurretina (2011) Elemen-elemen gharar dalam perjanjian Bay' bithaman al-ajil (BBA): Suatu kajian ke arah penambahbaikan. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Al.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (997kB) | Request a copy

Abstract

Bai’ bithaman al-ajil (BBA) sebagaimana diamalkan di Malaysia pada hakikatnya merupakan aplikasi kontrak bay’ al-‘inah. Justeru, memandangkan bay’ al-‘inah merupakan kontrak yang pernah diperdebatkan aspek keharusannya. Timbul suatu kecenderungan semasa untuk beralih kepada kontrak-kontrak Syariah lain yang kurang menimbulkan khilaf dan kontroversi hukum serta konflik persepsi.Pembiayaan perumahan secara Islam yang terdapat dalam pasaran pada masa ini, sebahagian besarnya adalah distrukturkan berdasarkan kontrak BBA.Kontrak ini adalah kontrak antara tiga pihak iaitu pemaju perumahan, bank dan pengguna.Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi satu akad yang fasid jika penjual gagal menyerahkan ma'qud alaih semasa akad dibuat.Kontrak BBA sepatutnya terbatal jika rumah tadi gagal disiapkan, terbengkalai atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh yang ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud elemen-elemen gharar (kesamaran atau 'uncertainty') dalam kontrak BBA seperti ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.Gharar berlaku apabila melibatkan pembelian rumah berstatus dalam pembinaan yang akhirnya terbengkalai dan gagal diserahmilik kepada pengguna selaku pembeli.Kajian yang telah dijalankan adalah berdasarkan dua bentuk utama yang digarapkan bersama iaitu kualitatif dan kajian lapangan.Melalui kajian berbentuk kualitatif, para penulis mengutamakan usaha untuk mencari dan memberikan keterangan.Bentuk kajian lapangan berasaskan temubual merupakan salah satu bentuk penyelidikan sosial.Temubual merupakan satu interaksi sosial bertujuan mengumpul maklumat bagi tujuan kajian ini.Sesi ilmiah bercorak perbualan terbuka dengan responden atau informen berotoriti berkenaan tema kajian telah dijalankan.Para penulis telah berusaha untuk memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap persoalan tentang prosedur dan terma-terma yang terkandung di dalam kontrak BBA. Sehubungan itu, kajian bertujuan untuk memberikan sumbangan yang praktikal kepada pembangunan produk perbankan Islam di Malaysia khusus pembiayaan perumahan Islam yang berlandaskan kerangka rekonstruktif melalui usaha penilaian semula kontrak BBA.Lakuna-lakuna atau kelemahan-kelemahan di dalam BBA ini mungkin boleh diatasi melalui cara perkongsian yang lain, iaitu musyarakah al-mutanaqisah (MM).Kaedah MM atau kaedah perkongsian berkurangan kini dikemukakan sebagai alternatif kepada BBA.Terdapat dua bahagian dalam kontrak ini.Pertama, pelanggan membuat perkongsian (musyarakah) dengan bank di bawah konsep syirkah al-milk (pemilikan bersama).Kedua, bank memajak sahamnya ke atas pemilikan rumah berkenaan kepada pelanggan di bawah konsep ijarah (pajakan/sewa).Ketiga, pihak bank disarankan mengenalpasti pemaju-pemaju perumahan yang bermasalah dan diberi peringatan kepada pelanggan. Terma-terma seperti mensyaratkan pembeli agar mencadangkan pembelian dengan pemaju yang telah dipastikan latarbelakangnya berdasarkan rekod-rekod sebelumnya. Penulis-penulis tidak berhasrat mempertikaikan keputusan dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara berkaitan keharusan penawaran produk BBA.Namun, usaha-usaha penambahbaikan yang pro-aktif, konstruktif dan sistematik perlu diambil bagi memantapkan lagi kontrak BBA khusus dalam pembiayaan perumahan secara Islam.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11815
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: School of Law
Depositing User: Dr. Alias Azhar
Date Deposited: 03 Apr 2013 03:44
Last Modified: 28 Jan 2019 03:45
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7507

Actions (login required)

View Item View Item