mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Student's satisfaction towards co-curricular trainer

Sharif, Shamshuritawati (2008) Student's satisfaction towards co-curricular trainer. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of sH.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[thumbnail of 1.Shamshuritawati Sharif.pdf]
Preview
PDF
Download (780kB) | Preview

Abstract

“Semua perkara yang dilakukan untuk mencapai kualiti dan memenuhi kecemerlangan perkhidmatan adalah tidak penting jika tidak bekerja untuk memuaskan pelanggan”, Gerson (1993) Kajian ini melaporkan tentang indeks kepuasan pelajar terhadap jurulatih kokurikulum di Universiti Utara Malaysia (UUM).Pentingnya kepuasan pelajar diukur adalah untuk membantu pihak pengurusan Pusat Kokurikulum di UUM untuk memahami persepsi pelajar terhadap jurulatih kokurikulum. Kerangka teori kepuasan pelajar yang dikenali sebagai model SSCT telah dibina berdasarkan kajian terdahulu serta teori yang berasaskan kepada model American Customer Satisfaction Index (ACSI).Satu tinjauan telah dilaksanakan ke atas 400 pelajar kokurikulum menggunakan borang soal selidik berdasarkan kepada model SSCT dengan mengambil kira enam pemboleh ubah pendam iaitu jangkaan pelajar terhadap jurulatih, persepsi kualiti, persepsi nilai, kepuasan pelajar, imej jurulatih dan keyakinan pelajar.Model persamaan berstruktur digunakan bagi menganggar indeks untuk semua pemboleh ubah pendam dan kriteria penilaian model juga dibincangkan.Hasil kajian menunjukkan hubungkaitan di antara keseluruhan pemboleh ubah pendam dalam kerangka teori kepuasan pelajar (model SSCT) adalah selaras dengan model berstruktur sedia ada (model ACSI). Kriteria penilaian model telah dipenuhi, seterusnya model SSCT boleh digunapakai sebagai model berstruktur untuk mengukur kepuasan pelajar terhadap jurulatih kokurikulum walaupun persepsi kualiti tidak mempunyai kesan langsung yang signifikan ke atas persepsi nilai.Semua Unit Kokurikulum mempunyai skor indeks melebihi 65% kecuali Unit Seni Muzik.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11685
Uncontrolled Keywords: Jurulatih Kokurikulum, Kepuasan Pelajar, Pemodelan, Indeks, Analisis Penjelajahan Faktor, Analisis Pengesahan Faktor, dan Model Persamaan Berstruktur.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Jun 2013 03:23
Last Modified: 08 Jul 2014 01:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7806

Actions (login required)

View Item View Item