mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap pengetahuan dan penghayatan agama dan hubungannya dengan ketertiban sosial dan akademik di kalangan pelajar Islam IPTA

Mohamed Naim, Asmadi and Herman, Iran and Rofie, Mohamad Khadafi and Abdul Rahman, Mohd Nizho and Abu Bakar, Md Zawawi (2006) Tahap pengetahuan dan penghayatan agama dan hubungannya dengan ketertiban sosial dan akademik di kalangan pelajar Islam IPTA. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Asm.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[thumbnail of 1.Asmadi Mohamed Naim.pdf]
Preview
PDF
Download (649kB) | Preview

Abstract

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan institusi yang memegang amanah untuk melahirkan modal insan (human capital) bagi pembangunan negara.Ia mesti berperanan untuk melahirkan graduan yang berketrampilan tinggi dari sudut akademik dan sahsiah diri.Walaupun begitu, masyarakat umum secara umumnya dan masyarakat akademik khususnya, menyedari terdapat kesongsangan dalam perjalanan hidup mahasiswa. Sebahagian daripada mereka tanpa segan silu terlibat dalam gejala sosial seperti merokok, dadah, lepak, khalwat, zina dan sebagainya.Sebahagian yang lain pula terlibat dalam penipuan akademik samada meniru, menipu, menciplak dan sebagainya.Dalam masa yang sama, agama kerap dicanang sebagai jalan keluar kepada kemelut akademik dan sosial di kalangan pelajar IPT secara umumnya.Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengukur secara saintifik tahap ketertiban sosial dan akademik pelajar dan hubungkaitnya permasalahan ini dengan kefahaman agama dan tahap keagamaan seseorang. Keupayaan memahami hubungan ini diharap dapat membantu pihak pengurusan IPT membendung dua permasalan besar di IPTA iaitu masalah gejala sosial dan masalah kecurangan akademik.Kajian ini juga cuba melihat kaitan antara ketertiban sosial dan ketertiban akademik.Di akhir kajian, penyelidik mendapati hubungan antara pengetahuan dan penghayatan agama terhadap ketertiban sosial dan akademik adalah signifikan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11303
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: College of Business
Depositing User: Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim
Date Deposited: 25 Jun 2013 08:22
Last Modified: 10 Jul 2014 00:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7841

Actions (login required)

View Item View Item