mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan sistem pembekalan air di Utara Semenanjung Malaysia

Saleh, Abdul Razak and Mohd Kamil, Jastini and Zabidi, Nerda Zura and Zainal Abidin, Nur Halinda and Hashim, Rosmaini (2006) Pengurusan sistem pembekalan air di Utara Semenanjung Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of rAZ.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[thumbnail of 1.Abdul Razak Saleh.pdf]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melaporkan sistem pengurusan air domestik yang diamalkan di Negeri Kedah dan Negeri Perlis dan mengupas beberapa isu penting bagi mempertingkatkan keupayaan pengurusan sistem pembekalan air di kedua-dua negeri tersebut.Kaedah Analisis Penyampulan Data (APD) telah digunakan untuk mengukur kecekapan relatif operasi loji-loji di Negeri Kedah dan Perlis.Data tahun 2000 menunjukkan daripada kesemua 20 loji air yang terdapat di Negeri Kedah, empat loji air didapati cekap dan kecekapan ini meningkat kepada enam loji air pada tahun 2001.Pada tahun 2002 dan 2003, didapati hanya dua loji air sahaja yang cekap dan pada tahun 2004, loji air yang cekap meningkat semula kepada tujuh loji air.Manakala bagi Negeri Perlis pula, pada tahun 2000 dan 2001, satu loji air didapati cekap daripada dua loji air yang beroperasi di Negeri Perlis.Kedua-dua buah loji didapati cekap pada tahun berikutnya dan pada tahun 2004, tiada loji yang didapati cekap.Secara keseluruhannya boleh dirumuskan bahawa loji-loji air di Negeri Kedah kurang cekap secara relatifnya berbanding dengan loji-loji air di Negeri Perlis.Dari segi keberkesanan kutipan hasil air pula, analisis diskriptif telah dilakukan bagi mengira peratus kutipan bil menggunakan data daripada Januari 2004 hingga Disember 2005.Hasil analisis menggunakan ujian-t menunjukkan peratusan kutipan hasil air di Negeri Kedah (94.4%) adalah lebih tinggi berbanding Negeri Perlis (74.4%).Bagi Negeri Kedah, tahun 2003 mencatatkan peratusan kutipan hasil air tertinggi (99.9%) manakala Negeri Perlis pula adalah pada tahun 2002 (86.0%).Kajian ini juga mendapati faktor utama penyumbang kepada NRW di kedua-dua buah negeri ini adalah kebocoran air diikuti oleh faktor ketidaktepatan meter air akibat usia meter air yang terlalu uzur.Ujian korelasi telah membuktikan bahawa wujud hubungan yang kuat di antara nilai NRW dengan kedua-dua faktor tersebut.Daripada tren NRW, tahun 2000 mencatatkan kadar NRW yang tertinggi di kedua-dua Negeri Kedah (46.0%) dan Perlis (43.2%).Dengan menggunakan perisian IWR-MAIN, peramalan terhadap pembekalan air dilakukan untuk meramal permintaan bekalan air untuk tahun 2005 sehingga tahun 2014 berdasarkan faktor-faktor populasi, pendapatan isi rumah dan guna tanah. Proses pengesahan model yang menggunakan data tahun 2000 hingga 2004 menunjukkan jumlah penggunaan air yang diramal oleh IWR-MAIN berbeza dalam julat 3.0-5.0% dengan nilai sebenar jumlah penggunaan air.Pada tahun 2014, Negeri Kedah diramal memerlukan air sebanyak 58,665,016.54 ribu gelen dan Negeri Perlis pula sebanyak 5,627,714.36 ribu gelen.Kedua-dua Negeri Kedah dan Perlis menunjukkan faktor populasi merupakan faktor utama yang mempengaruhi jumlah penggunaan air diikuti faktor pendapatan isi rumah seterusnya faktor guna tanah.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: (Code S/O: 19371)
Uncontrolled Keywords: Pengurusan Air, APD, DEA, IWR-MAIN
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 Jul 2013 01:39
Last Modified: 10 Jul 2014 00:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7941

Actions (login required)

View Item View Item