mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penilaian peranan dan tugas wakil rakyat di Malaysia: Isu dan cabaran

Brahim, Malike and Sakdan, Mohd Fo'ad and Othman, Zaheruddin and Ismail, Solahuddin and Othman, Muhammad Fuad (2011) Penilaian peranan dan tugas wakil rakyat di Malaysia: Isu dan cabaran. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Mal.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (694kB)
[thumbnail of 1.MALIKE BRAHIM.pdf]
Preview
PDF
Download (316kB) | Preview

Abstract

Wujud kekeliruan dalam memahami peranan dan tanggungjawab wakil rakyat yang lebih dikenali sebagai Yang Berhormat (YB).Hal ini berkait dengan aspek teori dan praktis.Ada pihak yang melihatnya dalam konteks realiti.Ada pula yang menilainya dari sudut persepsi.Realitinya, peranan dan tanggungjawab wakil rakyat—dari segi teori—sebagai ahli perundangan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berfungsi untuk membahas, mengkritik, menyokong dan meluluskan undangundang dan dasar negara.Dari persepsi rakyat ia mungkin berbeza—dari segi praktis—berbanding teori.Rakyat sentiasa berharap wakil rakyat dapat memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan.Jadi, rakyat sentiasa berharap wakil rakyat dapat menyelesaikan setiap masalah yang mereka dihadapi.Dalam pada itu, pelbagai masalah seperti konflik dalam parti, persaingan merebut jawatan, amalan politik wang, ahli bertindak keluar parti, kekurangan dana dan kewangan parti, gejala sosial dan jenayah serta peningkatan sokongan terhadap parti lawan.Inilah antara isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh wakil rakyat, di mana peranan dan tanggungjawab adalah sangat besar yang boleh bersifat rasmi dan tidak rasmi.Dengan kata lain, peranan wakil rakyat bukan sekadar sebagai ahli perwakilan (representative), tetapi juga merupakan ahli politik (politician), pemimpin (leader), pengurus (manager) dan pentadbir (administrator).Dengan mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat, ia merupakan suatu cabaran dalam kalangan wakil rakyat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, berkesan dan cekap yang boleh diklasifikasikan kepada peranan sebagai perwakilan di Parlimen (parliamentary roles), peranan terhadap pengundi (constituency roles) dan peranan dalam khidmat masyarakat (social roles/services).

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11819
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Malike Brahim
Date Deposited: 10 Jun 2013 03:49
Last Modified: 06 Jul 2014 04:51
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/8105

Actions (login required)

View Item View Item