UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Program community policing pasukan polis di zaman darurat


Mohd Nasir, Md Rozimi and Mohd Rus, Ahmad Kamal Ariffin (2014) Program community policing pasukan polis di zaman darurat. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (752kB) | Request a copy

Abstract

Pelaksanaan Program Kepolisan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai Community Policing dijalankan oleh pihak polis semasa menghadapi ancaman keganasan yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya(PKM) di era Darurat Pertama dari 1948 sehingga 1960 ternyata berkesan dalam usaha menarik sokongan masyarakat supaya bersama Pasukan Polis menyokong kerajaan melawan komunis. Undang-Undang Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu oleh Sir Edward Gent pada 16 Jun 1948 ekoran peristiwa pembunuhan tiga orang eropah di dua buah ladang di Sungai Siput, Perak telah diperluaskan ke seluruh negara bila ancaman bersenjata PKM semakin memuncak.Pasukan Polis telah menjalankan pelbagai strategi untuk memenangi hati dan perasaan masyarakat supaya sentiasa di belakang kerajaan dan tidak sesekali memberi sokongan kepada sebarang kegiatan pengganas.Rancangan Briggs yang melibatkan penempatan semula masyarakat khususnya masyarakat Cina yang tinggal di pinggir hutan di mana mereka mudah didekati oleh gerila PKM bagi mendapatkan sebarang maklumat serta bantuan makanan serta ubat-ubatan, program ini ternyata memberi impak yang baik dalam usaha memutuskan hubungan masyarakat dengan kumpulan pengganas selain dari satu jalan untuk merapatkan talian kerjasama antara masyarakat dengan pihak polis.Pada 1949, pasukan sukarela polis khas yang dianggotai oleh bangsa Cina ditubuhkan dikenali sebagai ‘Chinese Special Anti-Bandit Volunteer Special Constable’ juga dikenali sebagai ‘Kwangsai’ dalam bahasa Mandarin merupakan satu jalan bagi merapatkan polis dengan masyarakat.Kempen Bulan Melawan Penjahat atau lebih dikenali sebagai ‘Anti Bandit Month’ di seluruh Tanah Melayu pada 26 Feb hingga 2 April 1950 pula menyatukan rakyat supaya bersatu bersamasama kerajaan menghapuskan gerila komunis. Turut dijalankan ‘Community Listening Program’ bagi mendekatkan rakyat dengan informasi kerajaan mengenai berita serta perkembangan semasa darurat selain turut diselitkan dengan agenda propaganda supaya rakyat tidak memberi sebarang bantuan atau sokongan kepada gerila PKM. Risalah pengampunan beramai-ramai secara terbuka dalam pelbagai bahasa kepada pengganas komunis di hutan serta ahli Min Yuen yang dikenali sebagai ‘Pas Akuan Keselamatan’ turut melibatkan peranan Pasukan Polis.Hakikatnya Program Community Policing berjaya menarik rakyat menyokong kerajaan menentang komunis dan Darurat diisytiharkan tamat sepenuhnya pada 31 Julai 1960.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 00:41
Last Modified: 23 May 2016 02:11
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14543

Actions (login required)

View Item View Item