UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh jenis personality terhadap penglibatan masyarakat dalam program Homestay Kampung Parit Penghulu, Melaka


Abu, Md Sirat and Kayat, Kalsom and Ismail, Hamidi (2013) Pengaruh jenis personality terhadap penglibatan masyarakat dalam program Homestay Kampung Parit Penghulu, Melaka. In: International Conference on Asean Women (ICAW2013), 10th-12th December 2013, Bandung, Indonesia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Program homestay dilancarkan secara rasminya pada tahun 1995 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan seperti menyediakan kursus, latihan dan bantuan, agar personaliti masyarakat dapat memenuhi keperluan unluk menjayakan program terlibat.Walau bagaimanapun, penglibatan masyarakat setempat dalam program homestay masih menunjukkan kelemahannya.Hal ini diandaikan berpunca daripada jenis personaliti ahli masyarakat. Tujuan kajian adalah untuk menilai pengaruh jenis personaliti terhadap penglibatan masyarakat dalam program homestay di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai,Melaka.Kajian ini memeriksa aspek personaliti iaitu keterbukaan, berhemah, peramah, berlolak ansur dan ketidakstabilan emosi.Kajian menggunakan soal selidik dan seramai 101 orang ahli masyarakat terlibat.Responden dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan kluster berdasarkan jenis kediaman.Dapatan kajian mendapati jenis personaliti ,keterbukaan, berhemah, peramah dan berlolak ansur adalah tinggi pada aras setuju iailu sekitar 4.2 berdasarkan Skala Likerl. Namun, bagi masyarakat yang diuji dengan aspek ketidakstabilan emosi pula tinggi pada Skala Likerl 2.25 atau kurang bersetuju yang menunjukkan emosi mereka adalah baik.Oleh itu, kajian mendapati bahana jenis-jenis personaliti tidak sepenuhnya menggambarkan tahap penglibalan masyarakat dalam program homestay.Hal ini mungkin disebabkan oleh penglibatan dalam prqram komuniti banyak dipengaruhi oleh.lain-lain faktor seperti keagamaan, budaya, cara hidup, sikap, lingkah laku dan pandangan diri seseorang terhadap sesuatu perkara.Dengan demikian, kajian mencadangkan agar dasar berkaitan homestay dan pelancongan sedia ada perlu dilihat kembali kelemahannya supaya dapat memastikan semua anggota masyarakat memberikan kerjasama sewajarnya pada masa akan datang.Ini kerana, personaliti masyarakat sedia ada pada hari ini masih mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaat oleh pihak berkaitan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Homestay, Big Five Factor,Pembangunan Komuniti, Penglibatan Masyarakat, Personoliti
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Dr. Kalsom Kayat
Date Deposited: 31 Jan 2016 02:19
Last Modified: 31 Jan 2016 02:19
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/17015

Actions (login required)

View Item View Item