UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kemudahterancaman penduduk terhadap bencana alam kesan perubahan gunatanah di beberapa daerah negeri Kedah


Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Ismail, Hamidi and Md Noh, Mat Khalid and Yusof, Rohana (2015) Kemudahterancaman penduduk terhadap bencana alam kesan perubahan gunatanah di beberapa daerah negeri Kedah. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi di Wilayah Koridor Utara (NCER) Kali Ke-2 (NSONCER 2015), 25-26 February 2015, Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Perubahan gunatanah secara berleluasa tanpa kawalan terutamanya di kawasan sensitif alam sekitar seperti di kawasan tadahan air atau kawasan hutan simpan secara berskala besar sememangnya mempunyai hubungan yang signifikan dengan kewujudan bencana alam. Kewujudan bencana ini pastinya mengancam keselamatan atau kelangsungan hidup penduduk di kawasan terlibat. Selain itu,episod bencana alam juga menjadi penyebab keterancaman sosioekonomi penduduk misalnya bencana banjir, banjir lumpur, pencemaran kualiti air sungai, bekalan air bersih dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan mengenalpasti tahap perubahan gunatanah dan kaitannya dengan kemudahterancaman penduduk di beberapa daerah dalam negeri Kedah. Kajian menggunakan data sekunder bagi mendapatkan maklumat mengenai perubahan gunatanah terutamanya kawasan hutan dan penelitian tren taburan hujan serta laporan kejadian bencana yang berlaku dalam kawasan kajian. Perubahan gunatanah yang diteliti adalah antara tahun 1997 sehingga 2012 dan begitu juga dengan data taburan hujan dianalisis bagi tempoh 12 tahun (2000-2012). Data perubahan gunatanah dan taburan hujan diteliti bagi menjelaskan perubahan gunatanah (pembalakan) dan kejadian hujan lebat yang ekstrem terutamanya di kawasan pendalaman negeri Kedah telah menjadi penyumbang yang signifikan kepada episod kejadian bencana alam seperti banjir, banjir lwnpur dan pencemaran kualiti air sungai. Kejadian bencana alam ini telah menjejaskan keadaan sosio-ekonomi penduduk ekoran kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Sama ada disedari atau tidak, perubahan guna tanah yang berlaku memungkinkan meningkatnya keadaan kemudahterancaman (vulnerability) dalam masyarakat yang cuba untuk meneruskan pembangunan tersebut selaras dengan pembangunan mapan yang dirangkakan. Namun sebaliknya jika pembangunan yang dilaksanakan tidak mengambilkira kelestarian alam maka diakhirnya pasti mengundang kewujudan bencana alam yang mampu melenyapkan kemewahan sosio-ekonomi yang dinikmat oleh masyarakat selama ini secara tiba-tiba oleh kewujudan bencana alam yang disebabkan oleh kerakusan manusia mengeksplotasi alam demi keuntungan ekonomi

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Penganjuran Bersama: Pusat Penyelidikan Koridor Utara, Universiti Utara Malaysia & Koridor Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: perubahan gunatanah, taburan hujan, bencana alam, kemudahterancaman penduduk
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
Date Deposited: 31 Jan 2016 02:43
Last Modified: 31 Jan 2016 02:43
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/17021

Actions (login required)

View Item View Item