UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Amalan hijau dalam pendidikan tinggi melalui pendekatan ISO 14000


Yaacob, Nur Farah and Osman, Nor Hasni (2017) Amalan hijau dalam pendidikan tinggi melalui pendekatan ISO 14000. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (195kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kertas ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesedaran amalan hijau dalam pendidikan tinggi di kalangan pelajar melalui pendekatan ISO 14000.Pertubuhan Piawai Antarabangsa(ISO)14000 adalah satu siri, piawaian antarabangsa berkenaan pengurusan alam sekitar, panduan, dan laporan teknikal.Ia juga direka untuk mewakili keadaan seni sistem pengurusan alam sekitar dan menyediakan sesebuah institusi atau organisasi dengan rangka kerja sistematik untuk menyokong perlindungan alam sekitar.Oleh itu, untuk lebih mendalam mengenai kajian ini, Universiti Utara Malaysia(UUM) adalah lokasi kajian untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan mengetahui persepsi pelajar terhadap tahap komitmen,kepentingan dan keperluan berkenaan ISO14000.Tambahan lagi, untuk lebih khusus skop, sebanyak 11 buah Inapan Siswa (INASIS) adalah dipilih untuk menjalankan kajian melalui teknik pensampelan rawak mudah.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana soal selidik sebagai instrumen kajian telah diedarkan kepada 50 pelajar di UUM. Analisis data telah dijalankan dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan ujian analisis varian(ANOVA).Kajian ini menunjukkan bahawasanya menjadi keperluan kepada UUM untuk mendapat persijilan ISO14000 dan pada masa yang sama meningkatkan tahap komitmen juga kerana tahap komitmen berada di tahap sederhana. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai asas untuk membangunkan kempen yang berkesan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: ISO 14000, UUM, kualiti
Subjects: L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa)
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Dr. Nor Hasni Osman
Date Deposited: 25 Jul 2017 09:08
Last Modified: 25 Jul 2017 09:12
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/22702

Actions (login required)

View Item View Item