UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Suatu penilaian tahap kesediaan transformasi di sebuah agensi kerajaan


Radzuan, Kamaruddin and Ismail, Mohd Azril and Jamaludin, Roslan and Anuar, Herman Shah (2015) Suatu penilaian tahap kesediaan transformasi di sebuah agensi kerajaan. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (280kB) | Request a copy

Abstract

Pelan strategik sektor awam telah mengariskan lima teras utama iaitu mendaya upaya bakat, merekayasa organisasi, merakyatkan penyampaian perkhidmatan, merangkum dan sepunya, dan membudaya nilai sebagai teras transformasi perkhidmatan awam. Walaupun pelbagai inisiatif penambahbaikan telah dijalankan sebelum ini, masih terdapat aduan-aduan ketidakcekapan dan ketidakberkesanan dilaporkan. Maka, persoalan yang perlu untuk dijawab ialah sejauh manakah kesediaan agensi kerajaan melaksanakan transformasi, dan apakah terdapat perbezaan persepsi terhadap elemen-elemen kesediaan organisasi dikalangan kumpulan jawatan. Oleh itu, kesediaan sesebuah agensi kerajaan dalam memacu transformasi perkhidmatan akan dinilai berasaskan elemen 7s McKinsey iaitu strategi, struktur, sistem, staf, gaya, perkongsian nilai dan kemahiran. Malah perbezaan persepsi terhadap keupayaan organisasi dalam merealisasikan transformasi juga dikaji. Sehubungan dengan itu sebuah agensi kerajaan telah dipilih untuk dirujuk sebagai kes bagi menilai kesediaan perlaksanaan transformasi. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan data berkaitan.Tahap pencapaian elemen elemen yang dikaji diukur dengan menggunakan skala 4 mata.Perisian SPSS vs 19 digunakan untuk tujuan penerokaan, analisis deskriptif dan ujian-t untuk kumpulan tak bersandar. Secara keseluruhannya, organisasi berjaya mencapai tahap tinggi untuk kesemua elemen yang dikaji.Namun tumpuan harus juga diberikan kepada elemen yang agak rendah skornya iaitu staf, gaya, perkongsian nilai dan kemahiran.Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap elemen gaya di kalangan kumpulan jawatan. Pemimpin peringkat tertinggi perlulah menunjukan kepimpinan yang baik bukan sahaja kepada golongan pengurusan dan profesiional malah juga kepada kumpulan pelaksana.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: kesediaan transformasi, 7s McKinsey, agensi kerajaan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:26
Last Modified: 15 Apr 2018 04:26
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/23940

Actions (login required)

View Item View Item