UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Konsep pencegahan jenayah melalui reka bentuk persekitaran (CPTED) dalam bandar selamat


Ahmad, Za'im and Noordin, Zamzukhairi and Yusoff, Mohd Nazaruddin and Talib, Azlizan (2018) Konsep pencegahan jenayah melalui reka bentuk persekitaran (CPTED) dalam bandar selamat. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (424kB) | Request a copy

Abstract

Kerajaan telah mengambil inisiatif melancarkan Program Bandar Selamat yang dilaksanakan di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tujuan mewujudkan persekitaran bandar yang bebas daripada unsur keganasan jenayah, bencana alam, gejala sosial dan moral, serta terhindar daripada potensi kemalangan seperti kebakaran, kemalangan jalan raya dan seumpamanya. Salah satu elemen terpenting untuk menjayakan Program Bandar Selamat adalah dengan melaksanakan Konsep Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran (CPTED).Konsep CPTED boleh ditakrifkan sebagai merancang dan melaksanakan reka bentuk persekitaran fizikal yang terperinci secara efektif dan mampu mempengaruhi serta mencegah perlakuan manusia daripada melakukan kesalahan.Selain itu, konsep ini juga mampu mengurangkan perasaan takut masyarakat daripada berlakunya insiden jenayah di samping mendorong kepada peningkatan kualiti persekitaran yang selamat dan kehidupan yang lebih terjamin. Keberkesanan konsep CPTED itu juga telah meningkatkan produktiviti, manfaat dan kualiti hidup masyarakat setempat.Malah melalui reka bentuk secara efisien dan perlaksanaan strategi semula jadi ini, merupakan alternatif kepada kaedah tradisional pencegahan jenayah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: kerajaan tempatan, bandar selamat, CPTED, pencegahan jenayah, jenayah bandar.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Government
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 Sep 2018 08:14
Last Modified: 02 Nov 2020 01:36
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/24702

Actions (login required)

View Item View Item