UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Konsep khiyar dalam muamalat di Malaysia: Satu tinjauan berdasarkan kitab Mughni Almuhtaj Syeikh Mohamad Al-Khatib Al-Syarbini


Yatiban, Aminurraasyid and Zainal Abidin, Hairon and Mohd Jani, Mohamad Yusop and Yusof, Mohd Sufli and Jaganathan, Mathivannan (2018) Konsep khiyar dalam muamalat di Malaysia: Satu tinjauan berdasarkan kitab Mughni Almuhtaj Syeikh Mohamad Al-Khatib Al-Syarbini. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (602kB) | Request a copy

Abstract

Secara asasnya, sesuatu akad yang telah dipersetujui hendaklah dilaksanakan secara terus. Namun sedikit kelonggaran diberikan kepada kedua-dua belah pihak yang berakad untuk menarikbalik akad tersebut disebabkan sesuatu perkara.Konsep ini disebut sebagai khiyar.Hikmah khiyar disyariatkan adalah untuk memperkukuhkan konsep reda dalam urusniaga.Persoalannya sejauhmanakah konsep khiyar itu dibenarkan dalam Islam. Kajian ini menganalisis konsep khiyar menurut pandangan mazhab Syafi’i berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj yang dilihat bersesuaian untuk diimplimentasikan dalam masyarakat di Malaysia.Kitab Mughni al Muhtaj karangan Syeikh Mohammad al-Khatib al-Syarbini menjelas dan menghuraikan teks Minhaj al-Talibin karangan Imam al-Nawawi, kedua-duanya bermazhab Syafi’i. Belum ditemui lagi sebarang kajian yang telah dilakukan terhadap pandangan Syeikh Mohammad Khatib al-Syarbini mengenai konsep khiyar melalui karangannya itu.Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bersifat tekstual dengan memfokuskan kaedah penyelidikan melalui kajian kepustakaan.Data yang diperolehi dari kajian ini dianalisis menggunakan kaedah analisis isi. Kajian ini mendapati bahawa konsep khiyar amat luas penggunaannya sehingga meliputi juga akad yang lain seperti akad salam, syarikat, sharf dan sebagainya.Terdapat dua jenis khiyar yang utama iaitu khiyar tasyah dan khiyar naqisah. Terdapat akad yang tidak boleh diberikan hak khiyar seperti akad nikah, syuf’ah, sewaan dan lain-lainnya.Namun dalam keadaan yang tertentu hak khiyar tidak boleh digunakan seperti jika keaiban itu amat sedikit dan tidak merosakkan tujuan pembelian tersebut.Persoalan timbul adakah hak khiyar ini turut terlaksana terhadap mana-mana akad yang telah dipersetujui tetapi belum berlaku sebarang penyerahan barangan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama:
Uncontrolled Keywords: Khiyar, Muamalat, Mughni al-Muhtaj, al-Syarbini
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 Sep 2018 08:16
Last Modified: 04 Sep 2018 08:16
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/24704

Actions (login required)

View Item View Item