UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Harta Wasiat Orang Islam: Satu Ulasan Ringkas Dari Perspektif Perundangan Di Malaysia


Mohd Noor, Nor Azlina (2018) Harta Wasiat Orang Islam: Satu Ulasan Ringkas Dari Perspektif Perundangan Di Malaysia. UiTMT E-Academia Journal, 1 (1). pp. 39-46. ISSN 22896589

[img]
Preview
PDF
Download (355kB) | Preview

Abstract

Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undang-undang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya adalah bersifat selari (parallel). Secara teorinya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengenai Hukum Syarak dalam hal undang-undang perwarisan orang Islam, tetapi praktikalnya menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada seolah-olah memberi kuasa yang lebih kepada Mahkamah Sivil dan institusi-institusi lain di peringkat persekutuan. Ini kerana tiada undang-undang prosedur yang khusus untuk mentadbir harta wasiat orang Islam. Walaupun pentadbiran dan pengurusan harta wasiat berjalan seperti biasa, tetapi tidak dapat dinafikan masih wujud kelompangan undang-undang dan isu-isu tertentu yang seringkali timbul sebelum dan selepas sesuatu pentadbiran harta wasiat dilaksanakan. Justeru itu, kajian ini lebih memberi fokus kepada aspek perbincangan isu-isu yang timbul dalam perundangan harta wasiat khususnya orang Islam di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data-data yang merupakan dokumen-dokumen seperti buku akademik, kertas-kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan, surat pekeliling dan maklumat-maklumat daripada laman sesawang. Hasil penulisan ini menampakkan beberapa isu yang berbangkit melibatkan beberapa aspek penting dalam perundangan.

Item Type: Article
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: School of Law
Depositing User: Nor Azlina Mohd Noor
Date Deposited: 11 Dec 2018 02:33
Last Modified: 11 Dec 2018 02:33
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/24904

Actions (login required)

View Item View Item