UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Antologi Puisi: Dalam Batu


Teasah, Shukran Majid (2018) Antologi Puisi: Dalam Batu. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-2210-10-8

Full text not available from this repository.

Abstract

Puisi hanyalah kata yang lahir, dan hanya menunjukkan nasib seorang penulis. Orang hanya membaca tapi para penulis bercakap dengan hidup, antara kelangsungan sebuah suka atau sebuah duka yang tidak tertanggung.Antologi Puisi Dalam Batu ialah cebisan perasaan penulis sepanjang jarak usia tiga puluhan meniti empat puluhan, dan puisi ini dilukis dalam hayat yang semakin mengecil dan menipis. Banyak kegagalan daripada kejayaan, dan sebagai penulis kecil, Antologi Puisi Dalam Batu merupakan bingkisan deria yang banyak terhakis. Mata yang semakin rabun, dan kehidupan seumpama dedaunan pohonan getah yang gugur di musim kemarau. Antologi Puisi Dalam Batu ini sebagai kasih penulis kepada dunia sastera. Sepanjang penulisan ini, detik penghayatan penulis hanyalah untuk mencungkil ketinggalan dan meletak setiap perasaan dan pengamatan ke kertas putih baik ia serangkap sajak, sehelai cerita pendek atau ratusan helai buku cerita.

Item Type: Book
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 24 Dec 2018 01:20
Last Modified: 24 Dec 2018 01:20
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/25368

Actions (login required)

View Item View Item