UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Penyelidikan Syariah Dalam Kerangka Globalisasi: Satu Tinjauan


Azhar, Alias and Hussain, Mohammad Azam and Md Nor, Mohd Zakhiri and Othman, Mohamad Khairi (2018) Penyelidikan Syariah Dalam Kerangka Globalisasi: Satu Tinjauan. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 19. pp. 147-160. ISSN 2289 6325

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (240kB) | Request a copy

Abstract

Tuntutan masyarakat terhadap jawapan hukum semakin unik dan pelbagai kesan langsung daripada realiti kehidupan tanpa sempadan merujuk khusus kepada globalisasi. Hasilnya, lahir beberapa isu hukum baru yang dahulunya tidak dibincangkan secara terperinci oleh sarjana hukum Islam klasik. Dinamisme sains dan teknologi ini memberi kesan terhadap perubahan hukum Islam dan ketepatan hukum serta mendorong penyelidikan yang lebih efektif. Bagi membentuk landasan konsep dan teori kajian ini, maka rujukan telah dibuat terhadap bahan-bahan literatur dalam simpanan perpustakaan, dokumen penting dan rasmi seperti minit mesyuarat, laporan penyelidikan, statistik, dokumen rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan jabatan-jabatan Mufti. Di samping, data turut diperoleh melalui temu bual secara bersemuka dan observasi penyertaan penuh dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal syariah (fatwa). Kesimpulannya sifat global dan fleksibel dalam penyelidikan syariah dapat dilihat pada ketiga-tiga faktor dalam penyelidikan Syariah itu sendiri yang secara serentak saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah idealisme Islam yang mutlak dan universal, realiti masyarakat yang sentiasa berubah dan berbeza-beza dan seterusnya kefahaman serta pemikiran fuqaha yang juga berevolusi. Para penyelidik Syariah perlu sensitif terhadap perubahan hidup manusia dan persekitarannya terutama perubahan sosio budaya dan pemikiran yang berlaku akibat globalisasi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penyelidikan Syariah, Globalisasi, Fiqh Kontemporari.
Subjects: K Law > KZ Law of Nations
Divisions: School of Law
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 16 Jan 2019 00:23
Last Modified: 16 Jan 2019 00:23
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/25430

Actions (login required)

View Item View Item