UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Antologi lautan bukan pemisah


Md Shah, Rosman and Shahidin, Ratna Laila and Shamsudin, Faiziah (2018) Antologi lautan bukan pemisah. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-2210-23-8

Full text not available from this repository.

Abstract

Usaha murni dan luar biasa Kerabat Seni Negeri Sembilan (KSNS) di bawah penerajunya, Rosman Md Shah untuk mengangkat karya siswa dua negara bersaudara ke langit antarabangsa wajar menerima sebukit puji. Antologi Lautan Bukan Pemisah berjaya mengumpul sejumlah 48 buah puisi daripada 39 orang siswa dan lima penulis tamu dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Negeri Sembilan, Malaysia, manakala sejumlah 42 buah puisi daripada 28 orang siswa Universitas Islam Sumatera Utara (UISU), Medan, Sumut, Indonesia telah berjaya menyeberangi Selat Melaka untuk ikut serta membicarakan tema global merentasi sempadan geografi dan kewarganegaraan. Kemanusiaan itu buta warna, tidak mampu untuk melihat perbezaan apa pun. Kealpaan untuk mengakrabi Yang Maha Esa, kemiskinan, penindasan, luka flora dan fauna, impak peperangan, perjuangan untuk menghidupkan kehidupan merupakan isu yang melatari landskap puisi. Demikianlah suara sekelompok para siswa yang membicarakan soal-soal besar lewat puisi. Dengan berpaksikan definisi bahawa puisi merupakan “kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik”, para siswa ini sehabis upaya memilih diksi yang mampu memaknakan persepsi peribadi mereka terhadap segala yang berlaku seputar dunia yang mereka huni. Persoalan-persoalan yang melingkari kehidupan di jagat raya ini membuktikan bahawa sesungguhnya lautan itu bukan pemisah meskipun secara geografinya kita dikenal atas rupa bangsa sebuah wilayah bernegara. Benarlah bahawa, lautan itu bukan pemisah kerana sempadan negara hanyalah berupa garisan-garisan di peta, sedangkan kemanusiaan itu kepunyaan semua yang memiliki jiwa.

Item Type: Book
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: UUM Press
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 12 Feb 2019 07:47
Last Modified: 12 Feb 2019 07:47
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/25569

Actions (login required)

View Item View Item