Amran, Noor Afza and Mat Noh, Masanita and Saad, Natrah and Aripin, Norhani (2013) Perakaunan perniagaan pendekatan mudah. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-0474-55-7
Full text not available from this repository.Abstract
Buku ini disediakan bagi memberi manfaat kepada para pembaca yang ingin mengetahui asas perakaunan dan catatan perakaunan dengan cara yang mudah dan senang difahami. Buku ini menerangkan secara umum tentang definisi perakaunan, cabang perakaunan, kitaran dan dokumen perakaunan.Ini disusuli dengan kupasan konsep asas perakaunan yang memfokuskan persamaan perakaunan, catatan bergu dan analisis urus niaga.Proses catatan perakaunan yang meliputi penyediaan jurnal, lejar, imbangan duga dan penyata kewangan turut dibincangkan.Seterusnya, buku ini memperincikan tentang penyediaan penyata pendapatan yang meliputi pendapatan, perbelanjaan, akruan, untung dan rugi. Penyediaan lembaran imbangan yang menjurus kepada kepentingan, elemen dan pelaporan kewangan perniagaan serta penyediaan dan pentafsiran penyata aliran tunai turut dibincangkan.Aspek lain yang turut dibincangkan ialah analisis penyata kewangan, belanjawan sebagai alat perancangan serta sistem perisian perakaunan.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting |
Divisions: | Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA) |
Depositing User: | Dr. Noor Afza Amran |
Date Deposited: | 17 Mar 2014 07:03 |
Last Modified: | 18 Apr 2016 02:04 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10009 |
Actions (login required)
View Item |