mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Konsep 'Mahathiriskonomisme': Sorotan memperkukuh kedaulatan ekonomi negara Islam dalam kajian kes krisis ekonomi 1997/98

Shuib, Md. Shukri (2010) Konsep 'Mahathiriskonomisme': Sorotan memperkukuh kedaulatan ekonomi negara Islam dalam kajian kes krisis ekonomi 1997/98. Jurnal YADIM, 9 (1). pp. 157-178. ISSN 1511-905X

[thumbnail of 19.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Dalam dunia yang semakin mencabar, setiap negara-negara di dunia pasti tidak terlepas dari ancaman dan juga gugatan. Gugatan yang boleh terjadi adalah dalam pelbagai bentuk dimensi.Di antara gugatan dan ancaman yang boleh berlaku adalah dari segi ekonomi dan pembangunan negara. Kini, dalam era global, institusi-institusi antarabangsa juga turut sama digunakan sebagai isntrumen untuk menjadi alat mengancam dan menggugat kedaulatan sesebuah negara.Kuasa Barat dilihat menggunakan institusi-institusi antarabangsa untuk dijadikan sebagai agen kepada mereka, dan untuk menggugat kestabilan serta memberikan impak kepada kerajaan di sesebuah negara.Akibatnya negara-negara yang terbabit, ada di antaranya terpaksa menerima 'suntikan' dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dilihat oleh sesetengah pemimpin dan rakyat sebagai 'proxy' kepada Amerika Syarikat dan Barat.IMF juga dilihat berjaya di dalam mengkucar-kacirkan sistem kewangan dan politik tempatan.Di dalam mempertahankan integriti dan kedaulatan bernegara Malaysia dibawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berjaya meminimumkan kesan gugatan dan berjaya mengekalkan pengurusan ekonomi dan politik negara ke arah kestabilan.Juteru, pendekatan tersebut yang juga dapat dinamakan sebagai 'Mahathiriskonomisme' dilihat sebagai satu pendekatan berjaya dan dikagumi dunia serta kini dikaji dan diamati oleh bukan sahaja pengkaji ekonomi-politik di Malaysia, malahan di peringkat antarabangsa.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mr. Md. Shukri Shuib
Date Deposited: 02 Apr 2014 08:56
Last Modified: 02 Apr 2014 08:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10054

Actions (login required)

View Item View Item