Isa, Mohammad Yazid (2009) Prestasi Bank Muamalat Malaysia Berhad 2000-2004. In: Perbankan dan pasaran modal Islam isu dan aplikasi. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 43-55. ISBN 9789833827916
PDF
Restricted to Registered users only Download (856kB) |
Abstract
Perbankan Islam pada mulanya berkembang sebagai satu perantaraan kewangan untuk komuniti Muslim dalam menjalankan perniagaan mengikut syariat Islam. Hari ini, perbankan Islam diterima di seluruh dunia dan menjadi satu komponen yang penting untuk sistem kewangan sedunia.Perbankan Islam merujuk kepada suatu rangka kerja institusi yang direka bentuk untuk mengaplikasikan konsep perbankan tanpa faedah seperti terkandung dalam agama Islam.Pengenalan bank Islam adalah untuk memenuhi keperluan kredit pengguna berasaskan hukum Syariah dengan mengatasi jurang sistem perbankan konvensional dalam usaha menggemblingkan dana tabungan.Pada masa yang sama, bank Islam menjadi suatu bentuk alternatif untuk pelaburan dan kredit yang berasaskan prinsip penyertaan dan keadilan, bukan berasaskan kadar bunga.Ini kerana bank Islam tidak mengenakan kadar bunga terhadap pembiavaan yang diberi.Begitu juga halnya dengan penyimpanan kadar deposit tetap. Pulangan kepada pendeposit bergantung pada keuntungan yang dicapai oleh bank Islam bagi tempoh berkenaan.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance |
Divisions: | Islamic Business School |
Depositing User: | Mr. Mohamad Yazid Isa |
Date Deposited: | 11 Mar 2014 08:05 |
Last Modified: | 25 Apr 2016 07:07 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10239 |
Actions (login required)
View Item |