Saad, Ram Al Jaffri and Bidin, Zainol and Md. Idris, Kamil and Md Hussain, Md Hairi (2007) Gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Project Report. Faculty of Accountancy, Sintok. (Unpublished)
Preview |
PDF
Download (209kB) | Preview |
Preview |
PDF
Download (212kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini menggunakan teori gelagat terancang yang diperkenalkan oleh Ajzen (1991) bagi memahami niat dan gelagat kepatuhan zakat perniagaan di kalangan peniaga. Faktor-faktor asas teori gelagat terancang seperti sikap, norma subjektif, kawalan gelagat ditanggap, niat dan gelagat diaplikasikan dalam kajian ini. Analisis regressi berbilang (multiple regression analysis) digunakan bagi menguji model niat dan gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Keputusan kajian ke atas 108 peniaga sekitar negeri Perlis menunjukkan bahawa model kajian ini adalah konsisten dengan saranan teori gelagat terancang. Faktor niat dan kawalan gelagat ditanggap didapati mempunyai hubungan signifikan dengan gelagat kepatuhan zakat perniagaan (R = 0.35). Niat gelagat kepatuhan pula dipengaruhi oleh sikap terhadap zakat perniagaan, norma subjektif dan kawalan gelagat ditanggap (R = 0.46). Faktor sikap merupakan faktor penentu utama niat gelagat dan diikuti dengan kawalan gelagat ditanggap serta norma subjektif. Implikasi terhadap teori dan juga kepada pembuat dasar turut dibincangkan.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | SO Code: 666079 |
Uncontrolled Keywords: | Sikap, norma subjektif, kawalan gelagat ditanggap, niat, gelagat, zakat perniagaan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting |
Divisions: | College of Business |
Depositing User: | Mr. Md Hairi Md Hussain |
Date Deposited: | 11 Mar 2014 01:10 |
Last Modified: | 09 Jul 2014 00:50 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10416 |
Actions (login required)
View Item |