UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Keberkesanan pelaksanaan penilaian prestasi: keperluan kepada keadilan


Yusof, Ab. Aziz and Othman, Mohd Baharudin (2002) Keberkesanan pelaksanaan penilaian prestasi: keperluan kepada keadilan. Jurnal Pembangunan Sosial, 4&5. pp. 79-96. ISSN 1394-6528

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Bagi kebanyakan organisasi sistem penilaian prestasi merupakan paradok utama terhadap keberkesanan penilaian sumber manusia. Dari satu aspek sistem penilaian akan menyediakan maklumat penting terhadap beberapa aktiviti kritikal dalam penilaian manusia seperti pengagihan ganjaran yang melibatkan gaji berasaskan merit, kenaikan pangkat, maklum balas terhadap keperluan latihan dan pembangunan. Manakala dari aspek yang lain pelbagai pihak mempersoalkan ketepatan kebolehpercayaan dan kesahihan sistem sehingga terpaksa berhadapan dengan pelbagai tentangan yang menjurus kepada kegagalan organisasi untuk menggunakan potensi pekerja secara maksimun untuk keberkesanan organisasi. Dakwaan-dakwaan di atas membangkitkan pertanyaan kenapa sistem penilaian prestasi yang berkesan terus kekal sebagai matlamat yang terlalu sukar untuk dicapai kerana dipengaruhi oleh bias, pengaplikasian piawai prestasi yang berbeza, tidak konsisten, tidak boleh dipercayai dan kesahihannya terus dipersoalkan. Justeru, artikel ini akan cuba mendedahkan betapa perlunya aspek-aspek keadilan diberi penekanan oleh organisasi bagi berhadapan dengan rantaian permasalahan hasil daripada pelaksanaannya sehingga banyak pihak berpendapat ia merupakan permasalahan yang tiada penyelesaian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: job evaluation, personnel management
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 04 Jul 2010 04:15
Last Modified: 04 Jul 2010 04:15
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/110

Actions (login required)

View Item View Item