mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

'Modal sosial' dan kebajikan kanak-kanak

Abdul Hamid, Ahmad Shukri (2004) 'Modal sosial' dan kebajikan kanak-kanak. In: Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak - Kanak 2004, 21 - 22 Julai 2004, Gurney Resort Hotel and Residences, Pulau Pinang. (Unpublished)

[thumbnail of Ahmad.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini memperihalkan tentang konsep modal sosial (social capital dalam konteks ke bajikan kanak-kanak.Umumnya, kanak-kanak adalah pewaris utama kepada kesejahteraan yang muncul dari keseimbangan institusi keluarga dan masyarakat.Elemen kesejahteraan adalah modal sosial yang menjadi sebahagian unsur kebajikan terhadap kanak-kanak. Perbincangan ini melihat kesejahteraan kanak-kanak mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem mikro dan meso yang membentuk persekitaran mereka.Kertas kerja ini membincangkan isu kebajikan kanak-kanak melalui konsep modal sosial sebagai alternatif kepada perspektf teoritikal sedia ada. Perbincangan ini dibahagikan kepada dua bahagian; pertama penulis menghuraikan maksud dan definisi modal sosial sebagai satu konsep yang semakin popular di kalangan pengkaji ilmu sains sosial.Kedua dibincangkan bagaimana modal sosial boleh diaplikasikan sebagai salah satu konsep yang memperihalkan isu atau fenomena kebaikan kanak-kanak-melalui huraian tentang pembentukan modal sosial pada tahap mikro dan meso.Akhirnya penulis mengundang pembaca untuk sama-sama menumpukan kepada nilai konsep modal social ini untuk dijadikan agenda penting dalam usaha memahami fenomena dan permasalahan yang berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak di negara ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Ahmad Shukri Abdul Hamid
Date Deposited: 22 Jul 2014 08:20
Last Modified: 22 Jul 2014 08:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11564

Actions (login required)

View Item View Item