UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian tentang pengurusan penyelenggaraan struktur bumbung bangunan


Abdul Ghani, Mohd Hasrol and Mohd Nawi, Nabihah and Mohd Asri, Norhanini and Mohd Nawi, Mohd Nasrun (2013) Kajian tentang pengurusan penyelenggaraan struktur bumbung bangunan. In: Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi & Logistik (SIPTIK IV), 14-16 Mei 2013, Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (188kB) | Request a copy

Abstract

Industri pembinaan telah berkembang pesat dan maju, walaubagaimanapun masalah kecacatan dan kerosakan bangunan tetap berlaku terutamanya masalah kecacatan bumbung. Terdapat banyak jenis kecacatan yang berlaku pada bahagian bumbung.Kajian dijalankan dengan tujuan untuk menghasilkan kaedah yang tepat di dalam penyenggaraan dan mengcegah kecacatan bumbung daripada berlaku.Kaedah yang tepat dalam penyenggaraan dan mencegah diperlukan untuk membantu kontraktor mengurangkan kos kerja pembaikan yang berulang-ulang,tenaga buruh dan juga masa.Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis kecacatan yang sering berlaku pada bumbung, mengenal pasti punca-punca berlaku kecacatan dan mengenal pasti kaedah penyenggaraan dan mencegah kecacatan pada bahagian bumbung.Kajian tinjauan dilakukan untuk mencapai objektif kajian.Bagi mencapai objektif kajian pelbagai kaedah kajian telah digunakan dalam kajian ini seperti mengumpul data, kaedah temubual, borang soal selidik, data sekunder dan analisis data.Hasil daripada kajian tinjauan yang dijalankan didapati kecacatan yang sering berlaku pada bahagian bumbung ialah kegagalan pada kemasan genting sama ada tercabut atau longgar.Punca-punca berlaku kecacatan pada bumbung pula adalah disebabkan oleh ketidak mahiran pekerja.Kaedah penyenggaraan yang sering dilakukan pada struktur dan kemasan bumbung ialah memasang bahagian baru pada tempat yang rosak.Manakala kaedah mencegah kecacatan bumbung yang dipersetujui oleh kebanyakkan responden ialah memilih kontraktor dan pekerja yang mahir untuk membina bumbung.Diharapkan kajian ini akan memberi gambaran tentang kaedah penyenggaraan yang efektif dan efisyen.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Penyunting Fadhilah Mat Yamin, Noorulsadiqin Azbiya Yaacob, Chong Khai Lin, Faizatul Akmar Abdul Nifa & Suria Musa. e-ISBN 978-983-2078-77-7 Anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dengan kerjasama Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) Diterbitkan oleh: Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: Kecacatan, Kerosakan; Struktur bumbung; Penyenggaran bangunan
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Sr. Mohd Nasrun Mohd Nawi
Date Deposited: 17 Aug 2014 08:25
Last Modified: 17 Aug 2014 08:25
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/11637

Actions (login required)

View Item View Item