mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Isu dalam penyelenggaraan bangunan warisan di Malaysia

M., Naqiuddin and ,, Noorsuhaida and N., Asyikin and Mohd Nawi, Mohd Nasrun (2013) Isu dalam penyelenggaraan bangunan warisan di Malaysia. In: Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi & Logistik (SIPTIK IV), 14-16 Mei 2013, Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM.

[thumbnail of p245.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (193kB) | Request a copy

Abstract

Bangunan-bangunan warisan merupakan satu sejarah negara yang amat bernilai dan berharga.Bagi mengekalkan bangunan-bangunan warisan ini, pemuliharaan atau penyelenggaraan hendaklah dijalankan untuk menjamin keutuhannya dari segi reka bentuk dan nilai seni bina.Prinsip-prinsip pemuliharaan yang seharusnya dipraktikkan adalah pembaikan, penyelenggaraan, pemuliharaan, pembangunan semula dan penyesuai gunaan.Kesan peninggalan sejarah seperti bangunan warisan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk generasi akan datang.Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan serba ringkas tentang masalah yang dihadapi dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia.Masalah ini memberi kesan yang besar terhadap prestasi dan keadaan bangunan, stabiliti struktur dan ciri-ciri bangunan.Terdapat pelbagai aspek yang boleh dibincangkan apabila memperkatakan tentang pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia, walau bagaimanapun kajian ini hanya memfokuskan kepada aspek utama iaitu usaha pemuliharaan.Dengan mengambil Malaysia sebagai kawasan tumpuan, kajian ini cuba menghuraikan aspek dengan lebih lanjut.Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat digunakan bagi mengenal pasti masalah yang boleh mendedahkan penemuan yang berkaitan dengan bangunan warisan dan memperbincangkan cadangan-cadangan untuk mempertahankan dan melindungi bangunan warisan di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Penyunting Fadhilah Mat Yamin, Noorulsadiqin Azbiya Yaacob, Chong Khai Lin, Faizatul Akmar Abdul Nifa & Suria Musa. e-ISBN 978-983-2078-77-7 Anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dengan kerjasama Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) Diterbitkan oleh: Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: bangunan warisan, penyelenggaraan, pemuliharaan
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Sr. Mohd Nasrun Mohd Nawi
Date Deposited: 18 Aug 2014 01:05
Last Modified: 18 Aug 2014 01:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11661

Actions (login required)

View Item View Item