mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Bermain dan hubungan rakan sebaya dalam perkembangan kanak-kanak

Ishak, Salma (2004) Bermain dan hubungan rakan sebaya dalam perkembangan kanak-kanak. In: Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak - Kanak 2004, 21 - 22 Julai 2004, Gurney Resort Hotel and Residences, Pulau Pinang. (Unpublished)

[thumbnail of Salma2.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Bermain adalah satu sifat semulajadi kanak-kanak, khususnya kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 dan 5 tahun. Pada peringkat ini, sebahagian besar daripada aktiviti bermain melibatkan rakan-rakan sebaya yang terdapat di kawasan tempat tinggal ataupun di pusat-pusat didikan/asuhan kanak-kanak. Kajian-kajian telah menunjukan bermain menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak, sama ada dari aspek fizikal/motor,sosial,kognitif; dan juga emosi.Tujuan kertas kerja ini ialah untuk membincang tingkahlaku bermain dan hubungan rakan sebaya di kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan kecenderungan memilih rakan-rakan tertentu untuk bermain. Perkara yang hendak ditonjolkan di dalam kertas kerja ini ialah terdapat kanak-kanak yang menerima penilaian yang negatif oleh kanak-kanak lain, yang mana mereka ini tidak dipilih sebagai rakan untuk bermain. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan yang sihat dan boleh meninggalkan kesan negatif ke atas penyesuaian sosial dan emosi mereka selanjutnya. Ibubapa, guru-guru di prasekolah, ataupun orang dewasa lain yang berkenaan seharusnya memainkan peranan dengan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mempastikan peluang-peluang disediakan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bermain dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jul 2014 07:09
Last Modified: 22 Jul 2014 07:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11678

Actions (login required)

View Item View Item