mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pendidikan anak-anak berdasarkan surah Luqman

Hamid, Rosnaaini and Abdullah, Suhanim and Abdullah, Syahrul Faizaz (2004) Pendidikan anak-anak berdasarkan surah Luqman. In: Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak - Kanak 2004, 21 - 22 Julai 2004, Gurney Resort Hotel and Residences, Pulau Pinang. (Unpublished)

[thumbnail of Ros.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan anak-anak berdasarkan surah Luqman merupakan asas yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini.Surah ini dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah s.w.t nikmat dan ilmu pengetahuan.Hal ini demikian menjadikan beliau seorang yang sangat bersyukur dengan segala pemberian Allah s.w.t. Manakala dalam ayat 13-19 kedapatan pula tentang nasihat-nasihat Luqman al-Hakim Kepada anak-anaknya. Kajian ini di jalankan untuk mengetahui garis panduan akhlak ibu bapa dan tanggungiawab yang baik dalam mengasuh anak-anak seperti yang dikehendaki oleh Islam berdasarkan surah Luqman.Data-data kajian dikumpul dengan menggunakan metodologi penafsiran ayat-ayat al-Quran iaitu tafsir bi al-ma'thur dan tafsir bial-ra'yi.Hasil kajian yang ditemui mendapati bentuk pendidikan surah Luqmun terdiri daripada pendidikan akhlak ibu bapa, pendidikan akidah, pendidikan solat dan pendidikkan akhlak anak-anak.Pendidikan anak-anak yang diperkenalkan oleh Luqman al-Hakim bersesuaian sepanjang zaman. Pendidikan beliau juga mencakupi setiap aspek keperluan anak-anak untuk berhadapan dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan cabaran semasa.Implikasi kajian mencadangkan satu silibus baru dalam pendidikun anak-anak kepada semua lapisan masyarakat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
L Education > L Education (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Rosnaaini Hamid
Date Deposited: 22 Jul 2014 08:22
Last Modified: 22 Jul 2014 08:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11690

Actions (login required)

View Item View Item