UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Terjaminkah kebajikan kanak-kanak di Malaysia - Satu tinjauan


Ahmad, Zalinah and Mohd. Zain, Zawiyah and Romli, Fariza (2004) Terjaminkah kebajikan kanak-kanak di Malaysia - Satu tinjauan. In: Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak - Kanak 2004, 21 - 22 Julai 2004, Gurney Resort Hotel and Residences, Pulau Pinang. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Anak merupakan aset penting bagi sesebuah keluarga kerana ianya dapat menyambung warisan dan generasi masa akan datang.Banyak dasar kerajaan yang mendorong ke arah menjamin hak dan perlindungan kepada golongan kanak-kanak yang antaranya seperti akta yang melarang kanak-kanak dijadikan buruh. Tidak lain juga insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai seperti rebet cukai pendapatan mahupun cuti bersalin selama 60 hari kepada ibu yang melahirkan anak bagi kakitangan kerajaan. Negara lain seperti China memperkenalkan dasar "one child policy" menyediakan insentif yang bersifat negatif sekiranya bayi perempuan dilahirkan berbanding dengan bayi lelaki.Persoalan yang cuba ditimbulkan ialah adakah kebajikan kanak-kanak terjamin memandangkan golongan kanak-kanak ini merupakan golongan yang menjadi sasaran kerajaan dalam penggubalan dasar negara. Kertas kerja ini akan mengupas kepada persoalan yang diutarakan ini dengan merujuk kepada aspek sejarah perkembangan ke atas usaha-usaha perlindungan kanak-kanak, insiden yang berlaku ke atas kanak-kanak, dan seterusnya melihat kepada jalan penyelesaian yang diambil oleh kerajaan. Akhirnya, kertas kerja ini cuba mengetengahkan idea perkongsian tanggungjawab dalam menjamin kebajikan kanak-kanak di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mdm. Zalinah Ahmad
Date Deposited: 22 Jul 2014 08:28
Last Modified: 22 Jul 2014 08:28
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/11697

Actions (login required)

View Item View Item