mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ko-integrasi pertumbuhan ekonomi dan dasar fiskal di Malaysia dan Indonesia: Pendekatan ujian sempadan autoregrasi lat tertabur (ARDL)

Abdullah, Hussin and Habibullah, Muzafar Shah (2008) Ko-integrasi pertumbuhan ekonomi dan dasar fiskal di Malaysia dan Indonesia: Pendekatan ujian sempadan autoregrasi lat tertabur (ARDL). In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008, 20-22 Ogos 2008, Port Dickson, Negeri Sembilan.

[thumbnail of Hussin.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kertas ini mengkaji hubungan jangka panjang antara dasar fiskal dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Indonesia antara tahun 1970-2005.Kewujudan hubungan jangka panjang ini disahkan oleh ko-integrasi kedua-duanya melalui pendekatan autoregrasi lat tertabur (ARDL) yang diperkenalkan oleh Pesaran et al. (2001).Dua penemuan utama diperolehi bagi Malaysia dan Indonesia.Pertama, dalam jangka panjang wujudnya impak yang positif dan signifikan perbelanjaan kesihatan, pendidikan, aggregat perbelanjaan kerajaan dan aggregat pembolehubah fiskal lain ke atas pertumbuhan ekonomi.Kedua, perbelanjaan pertahanan tidak memberi kesan yang signifikan ke atas pertumbuhan ekonomi, manakala pencukaian pengherotan dan imbangan belanjawan memberi kesan yang signifikan dan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.Berasaskan penemuan kajian, keseluruhannya wujud ko-integrasi hubungan jangka panjang di antara dasar fiskal dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Indonesia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-3198-21-4
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: PM Dr. Hussin Abdullah
Date Deposited: 05 Aug 2014 02:30
Last Modified: 05 Aug 2014 02:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11765

Actions (login required)

View Item View Item