Yusoff, Noraniza (2014) Penggunaan internet dan kelestarian insan dalam transformasi pembangunan negara. In: Persidangan Antarabangsa Kelestarian lnsan 2014 (INSAN2014), 9 - 10 April 2014, Batu Pahat, Johor.
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Internet pada hari ini menjadi satu kemudahan awam, koperatif dan mampan diri yang dapat diperoleh oleh beratus-ratus juta orang di seluruh dunia.Kelestarian adalah tentang daya maju dalam perubahan ekonomi, sosial dan alam sekitar jangka panjang. lmpak sosial dari ICT dan internet mempunyai kesan penting bagi agenda kelestarian.Ekonomi internet dan ekonomi digital adalah istilah yang semakin digunakan untuk menerangkan dimensi ekonomi dalam masyarakat maklumat selepas-industri dan sering dilihat menawarkan cara ke arah pertumbuhan hijau.Ekonomi internet adalah perniagaan melalui pasaran berasaskan internet dan World- Wide Web yang berbeza dari ekonomi tradisional.Penggunaan internet boleh menyumbang pada kelestarian pembangunan dengan menggantikan perjalanan peribadi sekali gus menjimatkan tenaga.Kelestarian manusia pula mengekalkan modal insan yang merangkumi barangan persendirian individu dan bukannya antara individu atau masyarakat.Objektif kajian ialah untuk menentukan latar belakang demografi pengguna internet di kafe siber dan menentukantujuan dan aktiviti penggunaan internet di kafe siber, perisian dan perkakasan yang digunakan serta berguna. Kajian penyelidikan asas untuk penerokaan ini menggunakan kaedah pengutipan data melalui pendekatan kuantitatif menggunakan borang kaji selidik di kafe siber di negeri Kedah, Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan pengguna internet yang menggunakan emel adalah bertujuan untuk menghantar mesej, maklumat, dokumen, menggunakan webmail, menggunakan perkhidmatan POP3 emel, menggunakan emel IMAP dan pelayan emel MAPI. la adalah selari dengan kelestarian pembangunan iaitu menggantikan perjalanan peribadi dan akhirnya menjimatkan tenaga. Masalah seperti komunikasi yang kurang, penyelidikan tidak terselaras dan berpecah- pecah dan kekurangan am dalam kerjasama antara kumpulan yang berkongsi matlamat serupa boleh mencari penyelesaian dalam alat internet dan lain-lain teknologi komunikasi internet.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Penggunaan internet; kelestarian insan; transformasi; pembangunan negara; ekonomi internet. |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Dr. Noraniza Yusoff |
Date Deposited: | 25 Aug 2014 07:52 |
Last Modified: | 25 Aug 2014 07:55 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11807 |
Actions (login required)
View Item |