mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sistem pendidikan baru Malaysia: Suatu pendekatan holistik-komprehensif

Awang, Saadon (2010) Sistem pendidikan baru Malaysia: Suatu pendekatan holistik-komprehensif. Journal of Governance and Development, 6. pp. 69-82. ISSN 2289-4756

[thumbnail of 17.pdf]
Preview
PDF
Download (237kB) | Preview

Abstract

Dasar Pendidikan Negara telah melahirkan Sistem Pendidikan Malaysia yang mengikut acuannya tersendiri.Sistem ini telah mencapai usia melebihi 40 tahun pada hari ini dengan melalui berbagai pindaan dan perubahan mengikut peredaran masa.Usia yang begitu lama bagaimanapun, tidak menjamin Sistem Pendidikan Malaysia muncul sebagai satu sistem yang terunggul.Pengaruh perubahan struktur politik, ekonomi dan sosial dalam dan luar negara telah menyebabkan sistem ini gagal memainkan peranan sebagai institusi yang melahirkan modal insan berkualiti di masa hadapan.Malahan kelemahan sistem pendidikan ini tidak dapat menghalang negara daripada dihinggapi oleh tiga penyakit, iaitu gejala sosial, buta huruf dan pengangguran, di samping wujudnya ketidakadilan sosial akibat pembuatan keputusan yang tidak tepat. Individu yang dihinggapi oleh penyakit-penyakit sosial ini boleh dianggap sebagai `individu-individu yang tidak berguna’ kepa da negara.Artikel ini cuba memperkenalkan satu alternatif sistem pendidikan baru yang lebih lengkap, menyeluruh dan berterusan untuk mengelakkan berlakunya tapisan keluar `individu-individu yang tidak berguna’ tadi. Artikel berkonsepkan pengajuan dasar (policy articulation) ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah temu bual, kajian perpustakaan, semakan bahan-bahan terbitan beberapa agensi awam kerajaan, dan pernah dibincangkan dalam seminar peringkat kebangsaan untuk mendapat input-input berguna yang berkaitan bagi mengukuhkan penghujahan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sistem pendidikan, pengajuan dasar, ketidakadilan sosial, modal insan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mr. Saadon Awang
Date Deposited: 24 Aug 2014 07:49
Last Modified: 24 Aug 2014 07:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11927

Actions (login required)

View Item View Item