UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh budaya organisasi terhadap amalan 5S dan prestasi dengan menggunakan penganalisaan model Rasch


Mohd Asaad, Mohd Norhasni and Yusoff, Rushami Zien and Saad, Rohaizah (2012) Pengaruh budaya organisasi terhadap amalan 5S dan prestasi dengan menggunakan penganalisaan model Rasch. Journal of Technology and Operations Management, 7 (1). pp. 1-19. ISSN 1823-514X

[img]
Preview
PDF
Download (970kB) | Preview

Abstract

Globalisasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang berdaya saing, krisis ekonomi yang tinggi adalah faktor yang paling kritikal yang mempengaruhi kejayaan syarikat-syarikat pembuatan di pasaran global.Oleh itu adalah kritikal kepada syarikat-syarikat pembuatan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran di mana alatan lean boleh digunakan untuk mencapai tujuan itu.Alatan lean yang paling kerap digunakan ialah konsep 5S.Walaupun terdapat banyak kajian telah dijalankan berhubung dengan 5S tetapi penyelidikan terhadap kesan amalan 5S terhadap prestasi operasi adalah terhad.Hasil kajian yang diperlolehi adalah tidak konsisten, di mana amalan 5S mungkin mempunyai kesan positif dan negatif terhadap prestasi operasi.Antara sebabnya ialah budaya organisasi yang mempengaruhi pelaksanaan prestasi 5S dan operasi. Disebabkan itulah kajian ini cuba untuk menyiasat pengaruh budaya organisasi terhadap pelaksanaan 5S dan prestasi operasi. Model rasch digunakan dalam kajian ini kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan responden dalam melaksanakan perkara-perkara yang sukar.Soal selidik dalam talian telah diedarkan kepada 63 buah syarikat automotif yang dipilih secara rawak yang terletak di Wilayah Utara Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa budaya organisasi telah mempengaruhi kejayaan pelaksanaan prestasi 5S dan operasi.Oleh itu, pelaksanaan atau amalan 5S merupakan satu teknik atau alat yang boleh meningkatkan prestasi operasi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembuatan lean, 5S, prestasi operasi, budaya organisasi, model Rasch
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Mohd Norhasni Mohd Asaad
Date Deposited: 03 Sep 2014 01:44
Last Modified: 20 Apr 2016 07:41
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/12102

Actions (login required)

View Item View Item