mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengaruh budaya organisasi terhadap penyelenggaraan produktif keseluruhan (TPM) dan prestasi operasi menggunakan penganalisaan model Rasch

Mohd Asaad, Mohd Norhasni and Yusoff, Rushami Zien (2014) Pengaruh budaya organisasi terhadap penyelenggaraan produktif keseluruhan (TPM) dan prestasi operasi menggunakan penganalisaan model Rasch. The International Journal of Business and Technopreneurship (IJBT), 4 (1). pp. 171-185. ISSN 2231-7090

[thumbnail of ijbt_vol_4_feb_2014_10.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (152kB) | Request a copy

Abstract

Pengurusan penyelenggaraan yang lemah boleh menjejaskan daya saing sesebuah organisasi melalui kesan pengurangan pemprosesan, meningkatkan inventori dan kecacatan produk. Salah satu pendekatan yang diambil oleh organisasi ialah dengan melaksanakan Penyelenggaraan Produktif Keseluruhan (TPM). Walaupun terdapat banyak kajian telah dijalankan berhubung dengan TPM, tetapi sedikit sahaja penyelidikan yang menyiasat kesan TPM terhadap prestasi operasi. Sebahagian organisasi melaksanakan TPM menghadapi kegagalan. Antara sebabnya ialah faktor budaya organisasi yang mempengaruhi pelaksanaan TPM dan prestasi operasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh budaya organisasi dalam pelaksanaan TPM dan prestasi operasi. Model Rasch digunakan dalam kajian ini kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan responden dalam melaksanakan perkara-perkara yang sukar. Soal selidik dalam talian telah diedarkan kepada 63 buah syarikat automotif yang dipilih secara rawak terletak di Wilayah Utara Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa budaya organisasi telah mempengaruhi kejayaan pelaksanaan TPM dan prestasi operasi. Oleh itu, pelaksanaan TPM dalam budaya organisasi yang cemerlang boleh meningkatkan prestasi operasi sebuah organisasi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penyelenggaraan produktif keseluruhan, prestasi operasi, budaya organisasi, model Rasch.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Mohd Norhasni Mohd Asaad
Date Deposited: 27 Oct 2014 02:12
Last Modified: 18 Apr 2016 03:01
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12467

Actions (login required)

View Item View Item