UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Gangguan seksual di Malaysia


Mohamed, Mahmood Nazar and Marican, Sabitha and Jamaluddin, Zakiyah and Abdul Aziz, Ahmad Shamsul and Mohamed, Khadijah and Ahmad, Rusli (2002) Gangguan seksual di Malaysia. In: Kerja sosial artikel-artikel pilihan. Siri pengajian dan pendidikan Utusan . Utusan Publication, Kuala Lumpur, pp. 233-245. ISBN 9676112585

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (274kB)

Abstract

Walaupun ramai yang pernah mengalami gangguan seksual, tetapi mereka tidak menyedarinya. Ini kerana ramai di kalangan kita tidak mengetahui dengan jelas mengenai makna atau takrifan gangguan seksual. Jelasnya, jika mengalami gangguan seksual, ia akan membuatkan mangsa merasa marah, sedih, takut dan tidak berupaya bertindak kerana ia berlaku di luar kawalan (Khairun-nisa, 1997).Berdasarkan pernyataan tersebut, gangguan seksual boleh ditakrifkan sebagai kelakuan, perbuatan atau pertuturan yang berunsur seks yang disengajakan dan berulang-ulang, tidak diingini dan orang yang diganggu tidak mengundang, tidak suka dan tidak melayan kelakuan itu. Bentuk gangguan seksual seperti menyentuh, menepuk, mencubit, meraba, pertuturan sumbang, merenung, bersiul, penghinaan atau persenda berkaitan seks, mencadang bahawa layanan seks akan dibalas dengan ganjaran serta mempamer atau mengedar alat/bahan lucah (Khairunnisa, 1997).Gangguan seksual berlaku kerana dua sebab iaitu Quid Pro Quo dan persekitaran yang tidak selesa. Quid Pro Quo melibatkan situasi di mana pengganggu akan menggunakan kekerasan atau mengugut mangsa jika tidak mengikut kehendaknya (Sabitha, 1998).Manakala persekitaran yang tidak selesa pula melibatkan situasi seperti menggesel, mencubit, paparan gambar berunsur seks, mengeluarkan kata-kata berunsur lucah dan sebagainya (Sabitha, 1998).Berdasarkan kepada perkara lima (5) dalam buku garis panduan (kod amalan untuk mencegah dan membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja),gangguan seksual dibahagikan kepada dua kategori.Pertama, gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion).Kedua ialah gangguan seksual yang berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance).Gangguan seksual yang berbentuk ugutan memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang.Sebagai contoh,seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya.Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperoleh.Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan di-nafikan (Kod Amalan untuk mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja, 1999).Seterusnya bentuk-bentuk gangguan seksual diperuntukkan di bawah perkara 8 yang membahagikan tingkah laku seksual kepada lima jenis.Pertamanya gangguan seksual secara lisan.Contohnya seperti kata-kata,komen,gurauan,usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.Keduanya gangguan sebagai isyarat atau bukan lisan.contohnya pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan; menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda; isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks atau tingkah laku mengurat yang berterusan.Ketiganya, gangguan seksual yang berbentuk visual yang meliputi keadaan yang menunjukan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual dan mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedahkan. Gangguan seksual keempat ialah gangguan seksual secara psikologi seperti mengulangi jernputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan. Akhir sekali bentuk gangguan seksual secara fizikal iaitu melibatkan sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual (Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja, 1999).

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Oct 2010 09:36
Last Modified: 10 Oct 2010 09:37
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1261

Actions (login required)

View Item View Item