mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi pengurus terhadap peranan pengurusan dalam organisasi

Zakaria, Nazlina (2004) Persepsi pengurus terhadap peranan pengurusan dalam organisasi. In: 2nd National Human Resource Management Conference , 5-6 September 2004, Gurney Resort and Hotel Residences, Pulau Pinang. (Unpublished)

[thumbnail of Nazlina_Zakaria[1].pdf]
Preview
PDF
Download (260kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan pengurusan yang dimainkan oleh pengurus lelaki dan wanita di dalam sesebuah organisasi. Rangka kerja CVF oleh Robert Quinn menunjukkan bahawa terdapat lapan peranan pengurusan yang perlu dimainkan oleh pengurus sekiranya mereka ingin menjadi efektif; Lapan peranan tersebut ialah pendorong inovasi, broker, pengeluar, pengarah, koordinator, pemantau, fasilitator dan mentor. Secara khususnya kajian ini adalah untuk mengenalpasti kekerapan lapan peranan tersebut dimainkan oleh pengurus Ielaki dan wanita serta menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam peranan pengurusan yang dimainkan oleh mereka Kajian ini dijalankan ke atas pengurus STMB zon utara Malaysia Seramai 56 orang pengurus, 28 daripadanya terdiri daripada wanita telah memberi respon kepada kajian ini. Soalselidik diedarkan kepada semua pengurus tersebut dan kadar respons adalah 43.75%. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurus wanita lebih aktif memainkan lapan peranan pengurusan tersebut berbanding pengurus lelaki. Walaupun begitu, Ujian T menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam kesemua peranan pengurusan yang dijalankan oleh pengurus lelaki dan wanita kecuali peranan pendorong inovasi (p = 0.021).Kajian membuat rumusan bahawa pengurus sememangnya memainkan kesemua lapan peranan yang dikaji.Oleh itu semua pengurus di semua peringkat pengurusan sama ada pengurus lelaki atau wanita perlu membangunkan diri mereka dengan memahami dan memperbaiki peranan mereka supaya dapat memperbaiki hubungan dan interaksi mereka dengan ahli-ahli organisasi yang lain.Hubungan yang berkesan ini seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan dalam organisasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Oct 2010 08:38
Last Modified: 21 Feb 2011 07:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1268

Actions (login required)

View Item View Item